Thursday 26 January 2017

ISTIQAMAH DALAM PERJALANAN

ISTIQAMAH DALAM PERJALANAN
Jika Tuhan berkehendak untuk memperkenalkan diriNya kepadamu, Dia sama sekali tidak memandang akan berapa banyak dosa dan pahala kamu.. Atau berapa banyak amal dan maksiat kamu.. Atau berapa banyak lembaran kitab yang telah kamu khatam.. Atau berapa orang guru mursyid yang pernah kamu temui..
Boleh jadi, seorang ahli pelaku maksiat pada mata manusia itu, adalah merupakan seorang wali di sisi Allah.. Boleh jadi juga, seorang ahli ibadat pada mata manusia itu, adalah merupakan seorang yang dilaknat oleh Allah s.w.t.. Oleh itu, janganlah mudah sekali kalian menjatuhkan hukum kepada orang.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Guruku selalu berpesan, untuk berjalan di jalan ini, persiapkanlah dirimu dengan dua bekalan.. Yang pertama ialah ikhlas kerana Allah.. Dan yang kedua ialah yakin kepada guru.. Sentiasalah berdoa dan bermohon kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan bantuan dan kemudahan di sepanjang perjalanan ini..

No comments:

Post a Comment