Monday 23 January 2017

RAHSIA BERZIKIR

Di Sampaikan Oleh: HABIB UMAR BEN HAFIZD حَفِظَهُ اللهُ تعالى
RAHSIA BERZIKIR

Adapun seterusnya: Banyaknya berzikir dengan banyak berzikir akan nampak rahsia-rahsia yang tersembunyi

Berfirman ALLAH : “dan orang lelaki yang berzikir..,dan orang perempuan berzikir”

Bersabda RASULULLAH صلى الله عليه وسلم dalam haditsnya yang di riwayatkan oleh Imam Muslim : “akan mendahului beberapa orang diantara kalian akan masuk ke syurga”,Sahabat bertanya: “Siapakah orang tersebut itu wahai RASULULLAH ?”Beliau berkata: Orang lelaki yang banyak berzikir..,dan orang perempuan berzikir”..,akan mendahului beberapa orang kelak

Mereka berdiri dengan berzikir kepada ALLAH, dan duduk dengan berzikir kepada ALLAH, Merakalah orang-orang yang banyak berzikir dalam keadaan berdiri, duduk dan bebaring” tidaklah seseorang duduk di sesuatu majlis dan tidak berzikir di dalamnya kecuali kelak akan mendapat kerugian di hari kiamat dan apabila bersih hati seorang mukmin..,tidak akan sabar untuk berzikir kepada ALLAH, tidak akan mampu menahan dari zikir kepada ALLAH

Dahulu SAYIDDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ bahkan ketika orang berbicara dengannya selama beliau diam mendengar ucapan orang tersebut beliau berzikir : La ilaha illallah.., La ilaha illallah.., La ilaha illallah.., La ilaha illallah..,beliau sibuk berzikir La ilaha illallah..

Adapun SAYYIDINA UMAR paling sering berzikir : Allahu Akhbar.., Allahu Akhbar.., Allahu Akhbar.., Allahu Akhbar..

Adapun SAYYIDINA UTSMAN Paling sering bertasbih: Subahanallah.., Subahanallah.., Subahanallah.., Subahanallah..

Sedang SAYIYIDINA ALI paling senang berzikir hamdalah: Alhamdulillah.., Setiap kali duduk mengucapkan Alhamdulillah.., Alhamdulillah.., Alhamdulillah paling sering

Bacaan Baqiat solihat berada di dalam zikir 4 orang sahabat tersebut .., mereka adalah Khulafah Ar-Rasyidin

SAYYIDINA JA’AFAR SHODIQ menceritakan 4 keadaan orang sahabat tersebut. Dia Berkata: “Nampak kepada ABU BAKAR AS-SIDDIQ keangungan ALLAH dan kemurnian Tauhid maka beliau mengulang-ulang kalimat La ilaha illallah”

Dan kelihatan kepada UMAR BIN KHATTAB kemulian dan kebesaran-Nya sehingga sering mengulang-ulang kalimat Allahu Akhbar.., Allahu Akhbar..,

Dan kelihatan kepada UTSMAN sifat malunya kepada ALLAH sebab keluhuran-Nya dan Kesucian-Nya, Sehingga mengulang-ulang kalimat Subanallah.., Subanallah..,

Dan kelihatan kepada Ali kebesaran dan nikmat dan pemberian yang luas yang di khususkan kepadanya sehingga mengulang-ulang kalimat Alhamdulillah.., Alhamdulillah dan kalimat itu sering menjadi zikirnya.., Semoga keredhaan ALLAH atas mereka

SEMUA INI BERKAT DIDIKKAN SATU ORANG(RASULULLAH صلى الله عليه وسلم)

Didikan NABI MUHAMMAD …Melalui tangannya mereka terdidik dan tidaklah berzikir ABU BAKAR kecuali BERKATNYA, Begitu juga UMAR kecuali BERKATNYA, dan UTSMAN kecuali BERKATNYA, dan ALI kecuali BERKATNYA dan semua SAHABAT dari Muhajirin dan Anshar dan berkatnya beliau..,Serta berkat Keangunganya..,didirikan asas agama ini dan berkatnya di buat majlis-majlis ini dan kita duduk (Majlis Ilmu) , dan saling duduk kerana ALLAH..segala puji ALLAH atas semua ini dengan berkat pensuci jiwa mereka (yaitu RASULULLAH صلى الله عليه وسلم) sucikan kami YA ALLAH..,Sebab ALLAH memilih untuk kita pensuci jiwa tersebut.

Kredit video daripada : FB: ALWAFA BI’AHDILLAH
Di Tulis semula dan di ubah suai : fb Hafizhafizi Abidin
IG: khodimul_ulama

No comments:

Post a Comment