Monday 30 January 2017

politik



๐ŸŒŽPembacaan geopolitik Tn Guru Hj Hadi tentang kedatangan Al Mahdi & Nabi Isa๐ŸŒ
Bangkitlah jiwamu dengan keadaan asas tauhid yang benar,
Berpakaianlah dengan tasawuf yang mengajar sangkaan baik,
Berjuanglah dengan penuh hikmah,
Berjihadlah wahai kaum muslimin ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ฉ
IMAM MAHDI DAN SYIAH
NABI ISA DAN KRISTIAN
Antara perkara menarik yang dikongsikan Tuan Guru Ayah Chik dalam kuliah dhuha Jumaat lepas adalah mengenai perihal akhir zaman. Memandangkan beliau seorang pakar geopolitik dunia, dan orang yang terlibat secara langsung menangani masalah umat Islam global, maka beliau memang menitik beratkan hadis-hadis dan ramalan akhir zaman.
Antara yang disebut adalah tentang kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Berdasarkan beberapa hadis dan pengamatan semasa, beliau percaya kemunculan Imam Mahdi nanti bakal menyatukan muslim dari Sunni dan Syiah. Kemunculan Nabi Isa pula bakal menyatukan umat Islam dan Kristian.
Kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa adalah keimanan dan akidah ahli sunnah wal jamaah. Selain itu, syiah juga mempercayai kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman. Cuma ada kalangan mereka yang terbabas dalam menentukan siapa Imam Mahdi itu. InsyaAllah jika muncul Imam Mahdi yang sebenar, kita dan mereka akan bersatu di belakang Imam Mahdi dan segala akidah yang terpesong akan diperbetulkan. Sementalah Imam Mahdi adalah dari kalangan Ahlu Bayt yang sangat sinonim dengan syiah.
Kristian pula yang percaya akan muncul Nabi Isa adalah penganut mazhab orthodox yang majoritinya berada di Rusia, Serbia dan minoriti di beberapa negara lain. Cuma mereka tersilap pada anggapan Nabi Isa dibunuh, dan bakal dihidupkan semula memimpin mereka. InsyaAllah bila baginda diturunkan, kita juga akan bersama Kristian Orthodox dengan akidah mereka diperbetulkan oleh Nabi Isa.
Apa yang kita perlu jelas ialah, kesatuan yang bakal berlaku nanti adalah atas akidah yang sama. Semua akan menjadi Islam dengan kefahaman yang jelas dan meninggalkan fahaman yang lama. Tiada lagi istilah Sunni-Syiah, tiada lagi kepercayaan Jesus itu tuhan. Kristian bakal memeluk Islam dan mengikut syariat Nabi Muhammad.
Pendapat ini sememangnya sangat tidak popular lebih-lebih lagi dengan trend umat Islam kini yang sangat terpengaruh dengan jarum-jarum halus Yahudi melaga-lagakan ummah. Mereka yang terpedaya dengan perbalahan mazhab fiqh dan mazhab akidah umat Islam bawaan Zionis pasti akan membakulsampahkan pandangan ini. Pasti pendapat ini bakal mendapat kritikan hebat dari ramai pihak. Atas dasar ilmu, saya bersedia untuk semua itu.
Banyak fakta hadis yang menunjukkan petanda logik teori ini. Mereka yang menerima sebagai satu cabaran akademik akan tenang membelek sumber-sumber ilmiah untuk memahami perkara ini. Tapi mereka yang berfikir dengan lapisan emosi dan sensitiviti tebal sangat sukar menerima semua ini.
Andalah yang tentukan diri sendiri untuk berada di pihak yang mana. Saya pilih untuk sependapat dengan keilmuan Tuan Guru Ayah Chik terutama dalam hal akhir zaman sebegini. Istimewanya bacaan politik beliau adalah mengadunkan antara realiti semasa dan ketepatan nas; perkara yang sukar dijumpai pada tokoh-tokoh lain melainkan sedikit.
Sebagai mukaddimah, saya nyatakan sepotong ayat dan sepotong hadis sahaja yang berkaitan perkara ini. Firman Allah SWT:
ูˆَุฅِู†ْ ู…ِู†ْ ุฃَู‡ْู„ِ ุงู„ْูƒِุชَุงุจِ ุฅِู„َّุง ู„َูŠُุคْู…ِู†َู†َّ ุจِู‡ِ ู‚َุจْู„َ ู…َูˆْุชِู‡ِ ูˆَูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูŠَูƒُูˆู†ُ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุดَู‡ِูŠุฏًุง
Dan tiadalah seorangpun ahli kitab melainkan bakal beriman dengannya (Nabi Isa) sebelum kematiaannya, dan pada hari kiamat baginda akan menjadi saksi ke atas mereka.
[Al-Nisa:159]
Imam At-Tabari meriwayatkan dari Imam Hasan al-Basri, bahawa dhamir 'nya' yang dimaksudkan pada kata "kematiannya" (ู…ูˆุชู‡) adalah merujuk kepada Nabi Isa. Maksudnya sebelum Nabi Isa meninggal, semua ahli kitab akan beriman kepadanya.
Ini disokong dengan sebuah hadis. Sabda Rasulullah SAW:
ู„ุง ุชู‚ูˆู… ุงู„ุณุงุนุฉ ุญุชู‰ ูŠู†ุฒู„ ููŠูƒู… ุงุจู† ู…ุฑูŠู… ุญูƒู…ุง ู…ู‚ุณุทุง ููŠูƒุณุฑ ุงู„ุตู„ูŠุจ ูˆูŠู‚ุชู„ ุงู„ุฎู†ุฒูŠุฑ ูˆูŠุถุน ุงู„ุฌุฒูŠุฉ ูˆูŠููŠุถ ุงู„ู…ุงู„ ุญุชู‰ ู„ุง ูŠู‚ุจู„ู‡ ุฃุญุฏ
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah anak Maryam turun pada kamu menjadi pemerintah yang adil. Beliau akan mematahkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan jizyah, lalu harta akan melimpah ruah sehingga tiada lagi yang maju menerimanya.
[HR Bukhari]
Pematahan salib adalah simbolik Nabi Isa menyedarkan Kristian akan kesesatan mereka. Begitu juga pembunuhan khinzir, simbolik kepada pembetulan terhadap syariat beliau yang diseleweng oleh pendita Kristian yang menghalalkan khinzir kepada penganut Kristian. Ada yang menyatakan ini simbolik memperbetulkan akidah Yahudi.
Dalam tulisan ringkas ini, sukar dinyatakan kesemua nas yang ada. Dalam sebuah kuliah yang lain, Tuan Guru pernah sebut satu persatu plot kejadian akhir zaman sebagaimana yang tercatit dari nas-nas yang pelbagai. Dari dukhan, yakjuj makjuj, mahdi, dajjal, dabbah, sehingga matahari timbul sebelah barat dan berakhir dengan kiamat. Sudah lama saya berhasrat untuk tulis semula dengan menyelitkan terus nas-nas pada setiap plot. Rakaman itu masih tersimpan dalam simpanan saya. Doakan agar hasrat ini tercapai.
Apa yang diharap agar kita sama-sama kembali kepada sumber agama yang telah ditinggalkan ini untuk memahami dunia akhir zaman ini, sebelum mengorak langkah mencatur gerak politik di zaman yang sangat mencabar. Hanya nas al-Quran dan Hadis sahaja yang dijamin tidak akan sesat selama-lamanya oleh baginda SAW. Sabdanya:
ุชุฑูƒุช ููŠูƒู… ุฃู…ุฑูŠู† ู„ู† ุชุถู„ูˆุง ู…ุง ุชู…ุณูƒุชู… ุจู‡ู…ุง ูƒุชุงุจ ุงู„ู„ู‡ ูˆุณู†ุฉ ู†ุจูŠู‡
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, iaitulah Kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
[HR Imam Malik]
Kesimpulan Admin :
 Luaskan dada dengan sangkaan baik terhadap fahaman2 aqidah selagi mana tidak menyalahi konsep ASWJ
 Pelajarilah pelbagai fiqh untuk latihan sangkaan baik dengan menjadikan kemudahan muamalah dan kasih sayang sebagai asas perpaduan dan penyatuan
 Berhubung baiklah dengan mana2 pihak selagi mana tidak jelas ancaman mereka pada keselematan ummah
 Perbanyakkan selawat agar dipertemukan waris Baginda yang boleh membimbing tauhid yg benar dan jiwa yang halus berakhlak Muhammad di saat kini dan kegentingan yg bakal berlaku.
 Kita adalah tentera kasih sayang bukannya seorang penghukum.
Diadun semula dari perkongsian
(Alang Ibn Shukrimun)
#tintasufi
@tintasufi
Ikuti kami di Telegram:
https://telegram.me/TintaSufi
๐ŸŒธTintaSufi๐ŸŒธ

No comments:

Post a Comment