Tuesday, 10 January 2017

kalam

Wahai manusia!
Hendaklah engkau serta dengan Allah
Jika sekiranya engkau tidak dapat serta dengan Allah
Maka hendaklah engkau serta dengan orang yg telah serta dengan Allah
Mudah-mudahan engkau akan disampaikan kepada Allah
Dengan izin Allah

Bicara Allah....
Mohonlah keampunanKU
AKU-lah yg memohon keampunanKU untukmu
Dan AKU-lah yg mengampunkan mu
Bersyukurlah kepadaKU
AKU-lah yg menyatakan kesyukuranmu atasKU
AKU-lah yg menyaksikan DiriKU kepadamu
Bukti KewujudanKU

Rahsia Ketuhanan
AKU adalah rahsia manusia dan manusia adalah rahsiaKU
Masuklah kedalam gedung rahsia DzatKU dengan sepenuh kehambaanmu
Ubudiyah yg hakiki
Sucikanlah hati dan akalmu
AKU pasti melimpahkan rahsia-rahsiaKU kepadamu
AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi
Maka AKU suka dikenali, lalu AKU ciptakan makhlukKU untuk mengenaliKU
Maka AKU bukakan hijab-hijab yg menutupi DiriKU
Berlumba-lumbalah wahai hamba-hambaKU menuju kepada pintu rahsia DzatKU
AKU menunggumu DisisiKU
Wahai hambaKU! wahai hambaKU! Tinggalkan dirimu dan datang kemari kepadaKU

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment