Dua kiblat
Masih lagi menyusuri seerah di bumi Madinah..
Masjid qiblatain menjadi saksi pertukaran arah kiblat dgn 180 darjah..arah bertentangan sekali.
Kenapa dua kiblat? Semasa Rasulullah memasuki Madinah kiblatnya masih menghadap ke arah Baitul Maqdis. Rasulullah lebih suka jika kiblatnya ditukar ke arah Baitullah. Sesetengah meriwayatkan Rasulullah diejek oleh kaum yahudi kerana mempunyai kiblat yg sama dgn mereka. Rasulullah merasa gundah dan memandang ke langit sambil berharap turunnya wahyu agar kiblat ditukar ke arah Baitullah.
Pada pertengahan solat (sesetengah meriwayatkn waktu zuhur / subuh) Allah mewahyukan ayat 144 dlm surah al -Baqarah yg maksudnya :
"kerapkali kami melihat engkau wahai Muhammad mendongak ke langit, maka Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yg kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu berada, palingkan mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya org (yahudi dan nasrani) yg diberi al-kitab (taurat dan injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak berlengah dari apa yg mereka kerjakan."
Maka Rasulullah segera memalingkan kiblat pada rakaat pertengahan dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram dalam solat tersebut menjadikan masjid tersebut digelar "Masjid Qiblatain" - Masjid dua kiblat
No comments:
Post a Comment