Monday 23 January 2017

renungan

السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan malam ini : *Berubat Dengan Basmallah.*

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَا أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي نَافِعُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ
أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.
Maksud hadith :-
Telah menceritakan kepadaku Abu At Tohir dan Harmalah bin Yahya keduanya berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengkhabarkan kepadaku Yunus daripada Ibnu Syihab; Telah mengkhabarkan kepadaku Nafi' bin Jubair bin Mut'im *Daripada 'Uthman bin Abu Al 'Ash At Thaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam suatu penyakit yang dideritanya sejak dia masuk Islam. Maka Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali:*
*أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.*
*(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan).* (Hadith riwayat Muslim : 2202)

No comments:

Post a Comment