Tuesday, 10 January 2017

surah

Allah S.W.T. berfirman:
“Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu, kerana tidak ada yang melawanKu dan kerajaanKu melainkan hawa nafsu manusia”.
Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Al-Busthami. Diceritakan bahawa ia telah melihat Allah S.W.T. di dalam mimpinya. Ia bertanya kepada Allah, “Bagaimana seseorang itu dapat sampai kepada Allah?”
Jawab Tuhan, “Buanglah dirimu dan datanglah kepadaKu”. “Setelah itu,” katanya Abu Yazid, “Aku pun keluar dari diriku seperti ular keluar dari sarangnya”.
Semua kebaikan itu terletak pada jihad melawan diri sendiri serta semua perkara dan keadaan hidup ini. Sekiranya kamu dalam keadaan salah, lawanlah dirimu hingga kamu terhindar dari hal yang haram, dari manusia, dari prasangka serta dari pertolongan mereka, kebergantungan kepada mereka, takut kepada mereka, dan dari menghendaki apa yang mereka dapati dari dunia yang fana ini.

No comments:

Post a Comment