Tuesday, 10 January 2017

INGATI MATI

*PESANAN BUAT DIRI*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*SENTIASA MENGINGATI MATI*
Adapun pendek harapan untuk terus hidup, memperbanyak mengingati mati serta menyediakan diri untuk menghadapi mati itu banyak manfaatnya.
Kerana siapa yang merasakan ajalnya sudah dekat dan sentiasa mengingati mati pada sepanjang masa, nescaya dia akan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal soleh di setiap masa dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak berguna atau malas untuk beramal.
Di samping itu,....
Dia akan sentiasa berzuhud terhadap matabenda dunia, Sambil berusaha untuk mengejar kebaikan untuk akhirat.
Dia akan segera bertaubat dari segala dosanya, menjauhkan diri daripada segala kelakuan yang boleh menghalangnya dari berbuat taat kepada Allah ta'ala, dan sentiasa memilih jalan yang diredhaiNya.
Sebaliknya, orang yang panjang harapan untuk hidup lama di dunia ini, dan kurang ingat kepada mati. Akan bersikap berlawanan dengan yang di atas tadi.
Berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah ta'ala di dalam kitabnya Al-Bidayah:
*"Hendaklah kamu sentiasa renungkan umurmu yang pendek itu, meskipun kamu rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggalmu di negeri akhirat yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah payah dan hinanya kamu ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah dengan harapan agar kamu boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misalnya. Tetapi mengapa kamu tidak menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar kamu merasakan kerehatannya di akhirat kelak?"*
اذْكُرِ الْمَوْتَ تَجِدُ رَاحَةً، فِي إِذْكَارِ الْمَوْتِ تَقْصِيْرُ اْلأَمَلِ
*“Ingatlah mati niscaya kau kan peroleh kelegaan, dengan mengingat mati akan pendeklah angan-angan.”*
*Wassalam*

No comments:

Post a Comment