Tuesday, 10 January 2017

BERSERTA

BERSAMA TUHAN @ BERSERTA ALLAH
Yang dimaksud dengan dekat dan bersatu dengan Tuhan itu ialah, kamu mengosongkan hati kamu dari makhluk, hawa nafsu dan lain-lain selain Allah, sehingga hati kamu hanya dipenuhi oleh Allah dan perbuatanNya sahaja. Kamu tidak bergerak, kecuali dengan kehendak Allah sahaja. Kamu akan bergerak jika Allah menggerakkan kamu.
Keadaan seperti ini dinamakan ‘fana’. Fana inilah yang dimaksud oleh kata-kata ‘bersatu dengan Tuhan’. Tetapi harus diingat, bahawa bersatu dengan Tuhan itu tidak seperti bersatu dengan makhluk atau dengan yang selain Tuhan.
Oleh kerana itu, apabila kamu telah bersatu dengan Tuhan, maka kamu akan merasa aman dan selamat dari apa sahaja selain Dia. Kamu akan mengetahui bahawa tidak ada yang wujud melainkan Dia sahaja.Kamu akan mengetahui bahawa untung, rugi, harapan, takut, bahkan apa sahaja adalah dari dan kerana Dia juga. Dia lah yang patut ditakuti dan kepada Dia sahajalah harus meminta perlindungan dan pertolongan.
Kesimpulan, lihatlah selalu perbuatanNya, nantikanlah selalu perintahNya, dan patuhlah selalu kepadaNya. Putuskanlah hubunganmu dengan apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia ini dan juga dengan akhirat. Janganlah kamu melekatkan hatimu kepada apa sahaja selain Allah.

No comments:

Post a Comment