Sunday, 15 May 2016

hati

Mengingati Allah; "Diakhir zaman, ramai manusia yang mencari dimana ketenangan?, ramai manusia yang mencari kesana kesini, ditempat-tempat tertentu untuk memcari dimana ketenangan hati. Dan mereka mencuba bermacam-macam cara untuk mendatangkan ketenangan didalam hati."
"Akan tetapi, seseorang itu mencari ketenangan ditempat yang salah. Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan hati, selagi mana dia tidak menurut apa yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى didalam Al-Quran. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran; "Ingatlah, apabila hati kamu mengingati-Ku, nescaya kamu akan memperolehi ketenangan."
"Kita hidup disuatu zaman, yang mana manusia hidup didalam tekanan, manusia hidup didalam stress, manusia dilanda berbagai-bagai masalah diatas dunia ini, manusia dirundum dengan berbagai kemusykilan didalam hidupnya. Dan seseorang itu dia mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya, kepada stress, tekanan hidup, tekanan perasaan dan hatinya tidak tenang."
"Apabila hati tidak tenang, hidup akan terasa sempit. Dan tekanan hidup akan menghimpit dirinya. Kemudian, dia cuba mencari ketenangan ditempat yang salah. Dia cuba menelan pil untuk hilangkan masalah. Dengan menelan pil akan menambahkan masalah, bukan menghilangkan masalah. Pil tidak akan menyelesaikan masalah tekanan hidupnya. Jika dia tidak menurut saranan Allah سبحانه وتعالى, perintah Allah didalam Al-Quran, maka dia tidak akan mendapat ketenangan."
"Kerana Motif seseorang itu diciptakan di dunia ini, adalah untuk mengenal Allah سبحانه وتعالى, menyembah Allah سبحانه وتعالى, mencintai Allah سبحانه وتعالى. Dan Zikir, mengingati Allah, itu merawat hati, membersihkan hati, menghidupkan hati yang mati."
"Seseorang itu perlu fokus kepada dirinya sendiri. Yakni kepada jiwa kita, kepada hati kita, supaya kita sentiasa bermuhasabah bagaimana kedudukan hamba itu di sisi Allah سبحانه وتعالى. Bagaimana meletakkan Allah di dalam hatinya. Ulamak tarbiah menyatakan sekiranya seseorang ingin mengetahui keadaan hatinya, lihatlah keadaan hatinya di sisi Allah سبحانه وتعالى."
"Jika hatinya memerhati kepada Allah سبحانه وتعالى, sentiasa menjaga Allah perintah Allah, demikian bagaimana hatinya di sisi Allah. Namun jika hatinya lalai dan leka, alpa mengingati Allah, tidak mengagungkan apa yang diagungkan Allah, tidak memusuhi kepada apa yang dimusuhi Allah, maka seseorang hamba itu keadaannya akan menjadi rendah di sisi Allah سبحانه وتعالى."
"Inilah adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Alangkah beruntungnya orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah سبحانه وتعالى, yang dapat memanfaatkan masanya, mengisi masanya untuk beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan amatlah rugi orang-orang yang masanya berlalu pergi begitu saja."
"Masa yang berlalu tanpa diisi dengan suatu yang bermanfaat. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk hadir di majlis ilmu di saat ramai orang di luar sana memilih untuk duduk berehat di rumahnya. Ramai orang yang duduk dirumah sambil bersenang-lenang dirumah."
"Ramai orang dirumah mereka, duduk di atas sofanya, ketika ini melihat televisyen, melepak dan sebagainya. Dan kita telah dipilih, kita diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menghadiri majlis yang baik yakni dimajlis ilmu. Menuntut ilmu agama Allah. Dan duduk ditempat yang baik yakni di rumah Allah سبحانه وتعالى ini. Inilah satu nikmat dan pemberian yang besar diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada hamba-Nya."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
والله اعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment