Wednesday 18 May 2016

hakikat ilmu

ILMU ITU SENDIRI, ADALAH ALLAH.
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Perkataan “ilmu” itu, selalunya kita katakan dimiliki oleh Allah, hak Allah atau kepunyaan Allah. Inilah yang selalu diperdengarkan kepada kita.
Setelah kita belajar sifat 20, tahu dan fahamlah kita bahawa, ilmu itu sendiri, sebenarnya adalah sifat Allah (ilmu itu sendiri, adalah Allah). Qudrat (kuasa) itu, adalah Allah. Iradat (berkehendak) itu, adalah Allah. Samak (mendengar), basar (melihat), kalam (bertutur), hayat (hidup) dan “ilmu” itu, adalah sifat Allah. Bilamana ianya bersifat dengan sifat Allah, bermakna itulah Allah!
Qudrat itu Allah, iradat itu Allah, sama’ itu Allah, basar itu Allah, kalam itu Allah, hayat itu Allah dan “ilmu” itu pun juga tidak lain selain Allah. Bilamana kita menyebut ilmu Allah, bererti kita telah menyebut Allah dua kali ( bererti kita menyebut Allah dan Allah)
Kita selalu mendengar ceramah yang mengatakan, barang siapa yang mendirikan solat dengan tidak ingat kepada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan. Sembahyang (solat) yang tidak ada ilmu itu, adalah bererti sembahyang dengan tidak ada Allah. Sembahyang yang tidak ada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan.
Solat yang tidak ada ilmu itu, ertinya solat yang tidak ada Allah, sesungguhnya ilmu itu sendiri, adalah Allah.
Marilah kita sama-sama bersolat dengan ilmu (bersolat dengan Allah). Solat dengan Allah itu, barulah solat yang sebenar-benar solat dan solat yang benar-benar diterima Allah. Persoalannya disini, bagaimanakah hendak bersolat dengan Allah atau bagaimanakah hendak bersolat dengan ingat kepada Allah, jika kita tidak mengenal Allah!
Siapakah yang mengenal Allah? Yang mengenal Allah itu, adalah yang nampak Allah. Persoalannya disini, siapakah yang nampak Allah, ada pun yang nampak Allah itu, adalah yang melihat! Yang bersifat melihat itu, adalah Allah sendiri. Allah sahajalah yang melihat Allah, Allah sahajalah yang nampak Allah dan Allah sahajalah yang mengenal Allah.
Umat Muhamad di akhir zaman ini, banyak dan jumlahnya adalah seumpama buih di lautan, namun bila mana dipukul ombak, maka akan hilanglah ia. Ini menggambarkan kepada kita bahawa umat di zaman ini, adalah umat yang mudah rapuh, mudah tergelincir, mudah terpesong, mudah terpengaruh, mudah berubah dan tidak tetap pendirian dalam beragama.
Sekejap ingat dan sekejap lupa, kepada Allah. Bila mana terkena musibah, baru hendak ingat kepada Allah, bila mana senang sedikit, kita mudah lupa kepada Allah. Bila mana terkena cubaan atau dugaan, mulalah hati kita goncang dan tidak percaya (tidak yakin) kepada ketetapan Allah (mulalah menyalahkan takdir dan menyalahkan Allah). Inilah orang yang tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Umat seumpama ini, adalah umat yang seumpama buih di lautan. Sebegitu banyaknya buih di lautan, malahan lebih banyak lagi umat Muhamad tetapi sungguh pun banyak tidak ramai yang kekal ingat dan kekal percaya kepada Allah. Sebab apa dan kerana apa jadi begitu? Sebabnya adalah kerana tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Tidak ada ilmu (tidak ada Allah) di dalam ingatannya.
Umat Muhamad di akhir zaman ini, adalah umat yang rapuh ingatannya kepada Allah, seumpama rapuhnya buih di lautan, sebegitulah rapuhnya ingatan kepada Allah. Sebab apa rapuh? sebabnya rapuh adalah tidak ada ilmu (tidak ada Allah).
Cukuplah dulu santapan rohani pada malam ini. Sekian dahulu dari saya.
admin Khairul Mukmin
LikeShow More Reactions
Commen

No comments:

Post a Comment