Thursday 26 May 2016

Makrifat Tok Kenali

Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis
Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak lagi ada berdalil-dalil.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Setelah saya baca pendapat sahabat-sahabat melalui komen di page dan di inbox, saya dapati ada satu atau dua orang yang keliru, musykil dan tidak faham tentang kenyataan yang mengatakan bahawa dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil.
Mereka yang tidak faham itu, telah mendakwa bahawa kenyataan itu, adalah kenyataan yang tidak lagi menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis. Betapa rendah, dangkal dan singkatnya pemikiran sesetengah daripada pembaca di page, sehingga sanggup menuduh para admin, tidak mengunakan dalil Al-Quran dan Hadis, dalam ilmu mengenal Allah.
Dalam hal ini, saya serba salah antara hendak menjawab atau hendak berdiam diri. Tetapi condong hati saya itu, banyak ke arah untuk menjawab, bagi mengelakkan tuduhan atau salah faham dari sesetengah pembaca artikel terutamanya kepada penulis komen yang saya tidak mahu sebut namanya (tuan-tuan dan puan-puan carilah sendiri nanti akan jumpa siapa orangnya).
Kepada sidang pembaca di page yang budiman sekalian, jika ingin dan berhajat untuk membaca tentang makrifat, janganlah menuduh jika tidak faham. Kami para admin, tidak pernah mengatakan bahawa dalam mengenal Allah itu, “tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis”. Cuba tuan cari, biar sepatah atau sepotong ayat yang mengatakan saya dan rakan-rakan, tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis dalam mengenal Allah? Saya tidak pernah menyebut tidak menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis.
Yang pernah saya sebut, yang pernah saya ajar dan kenyataan yang pernah saya tulis itu, adalah seperti berikut, “Dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya di sini, bukan bertujuan untuk tidak berdalilkan Al-Quran atau Hadis, tetapi adalah bermaksud berdalilkan makhluk. Maksud saya, mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil itu, adalah seumpama, untuk mempercayai Allah itu, kita tidak perlu kepada dalil penglihatan, kerana sesungguhnya penglihatan itu adalah sebenarnya Allah (bukan lagi dalil). Cuba baca sifat 20, apakah erti basar? Basar itu ertinya melihat, siapa yang melihat, melihat itu sifat Allah. Bila Allah bersifat melihat, bererti melihat itulah Allah.
Untuk mendapat ingat, untuk mendapat pandang, untuk mendapat nampak dan untuk mendapat mengenal Allah itu, “hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil-dalil”. Maksud saya itu, tidak berdalil kepada penglihatan, kerana penglihatan itulah sifat Allah dan sifat Allah itu, itulah Allah. Hendak berdalil apa lagi. Jika masih berdalil-dalil lagi kepada penglihatan, pendengaran, berdalil kepada alam, langit, bumi, malaikat, syurga atau neraka, ertinya tuan ini, bukan ahli makrifat dan bukan orang yang berilmu makrifat.
Allah itu nyata, terang dan jelas, nyata, terang dan jelasnya Allah itu, sehingga kita tidak lagi perlu kepada dalil mata, telinga, mulut, kaki, tangan, pokok, bukit, matahari, bukit, lautan, angin, gajah, harimau atau tidak perlu pun adanya diri tuan. Tidak ada dalilnya diri tuan pun, Allah itu nyata dan tetap nyata.
Nak berdalilkan dengan penglihatan untuk memandang Allah, mana mungkin penglihatan boleh memandang Allah sedangkan penglihatan itu pun Dia! Allah itu terang, tidak perlu ada dalil mata atau matahari. Allah itu terang, jelas dan nyata yang tidak perlu adanya dalil dunia, jadi buat apa lagi nak berdalil-dalil? Itu maksud saya bukannya bersabit atau menyentuh soal Al-Quran atau Sunah, yang tuan masukkan elemen Al-Quran dan Hadis itu kenapa? Melainkan tuan ini, hanya tahu menyalahkan orang dan hanya tahu menuduh salah orang sahaja, yang betul, yang baik dan yang benar, tidak ada pun tuan puji.
Untuk kita melihat, memandang, menilik atau mengenal Allah itu, “JANGAN DIKERANAKAN DENGAN SATU KERANA, JANGAN DISABITKAN DENGAN SATU SABIT DAN JANGAN DI DALILKAN DENGAN SATU DALIL”. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana Allah itu, adalah Allah (tidak ada yang bersamaan dengan Allah, Allah itu bersalahan dengan sekalian yang baharu), jadi nak dalil apa lagi? Sebab buta mata hati tuan-tuanlah makanya berkehendak kepada dalil untuk mengenal Allah.
Itu sebabnya bila mana orang cakap lain, janganlah tuan cakap atau tuduh lain, bila mana fahaman tuan tidak sama atau berbeza dengan fahaman orang lain, jangan anggap fahaman orang lain itu salah, dikeranakan kita tidak arif. Mengatakan orang itu sesat, salah dan tuduh orang itu tak guna Al-Quran dan tak guna Hadis itu kenapa? Cuba jawab, mana dalilnya yang mengatakan saya ada tulis ayat atau perkataan yang mengatakan supaya “jangan berdalilkan Al-Quran dan Hadis?”. Tuan yang budiman, bahasa makrifat itu, tidak sebagaimana bahasa akal tuan, jadi janganlah asyik menyalahkan orang.
Tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan yang menyebut, kita mengenal Allah sehingga tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis. Pandai-pandainya tuan ini menambah benda yang tidak ada, itulah sebabnya jika tidak faham sesuatu perkara itu, jangan gatal-gatal tangan untuk menulis. Sekarang cuba tuan yang menuduh, suruh je saya jawab, bagi je tahu apakah soalan nya, insyaallah dengan izin Allah saya jawab.
Kepada penulis komen, jika tidak faham sesuatu ilmu terutamanya ilmu makrifat, janganlah gopoh atau pandai-pandai menuduh. Jika asyik menuduh orang sahaja kerjanya, bila hendak beroleh faham ilmu makrifat!
Hendak dalil apa lagi, tidakkah terangnya matahari itu, terang lagi Allah, dekatnya mata putih dan mata hitam itu, dekat lagi Allah, kenapa nak berdalil lagi? Sesungguhnya tuan ini, adalah seorang yang sedang mencari unta yang hilang, sedarlah, sedarlah dan sedarlah, bahawa dan sesungguhnya unta yang hilang itulah, yang tuan sedang tunggang, mana mungkin berjumpa unta yang hilang sedangkan unta yang hilang itulah yang tuan sedang naik.
Sungguhpun saya faham bahawa yang menuduh itu pun Dia (Allah), tetapi tuan-tuan harus ingat, jangan sahaja yang menuduh sahaja “Dia”, sesungguhnya yang menjawab ini pun juga “Dia”. Jika sama-sama “Dia”, janganlah asyik menuduh sahaja.
Admin Khairul Mukmin

LikeShow More Reactions
Comment
36 comments
Comments
Tanaka Yoshimitsu Kalo nak belajar..kenalah mengaji Dan mengkaji Dari Alif...,Ba...., Ta.., Dan bkn terus dari Ya!
Hakikat Insan Benar itu, Tuan Tanaka Yoshimitsu. Sudahlah mengaji buku iqra' terus ke huruf 'ya' itu, bahkan menuduh orang yang dah menghafaz quran sebagai salah pula. Subhanallah, minta dijauhkan dari golongan ini.
LikeReply1Yesterday at 17:38
LikeReply23 hrs
ʬʬMenungguʬʬ Trimakasih bermamfa,atSee translation
LikeReply16 hrs
Aida Jentayu Pada hakikatnya tiada siapa yg hidup,tahu,berkuasa,berkehendak,mendengar,melihat,berkata kata,melainkan Allah sahaja...
LikeReply9 hrs
Hakikat Insan Terima kasih kembali, Tuan Menunggu.
LikeReply9 hrs
Hakikat Insan Benar itu, saudari Aida Jentayu. Buang semua sifat tersebut pada diri kita, nescaya jumpa Dia yang dicari selama ini. Amiin
LikeReply9 hrs
Hakikat Insan Yang dimaksudkan 'buang' itu, ialah 'mati sebelum mati'.. Sifat kita ialah mati, hanya Allah yang bersifat hayat (hidup).. Makanya, yang hidup ini siapa? Barang siapa boleh menjawab pertanyaan ini, alhamdulillah.
LikeReply18 hrs
Raden Pancawala Apakah kita perlu dalil utk mengenal mak dan ayah kita, yg membesarkan kita,
LikeReply4 hrs
Hakikat Insan Alhamdulillah, saudara Raden Pancawala.. like emoticon
LikeReply4 hrs
Rosli Abdullah Tahap makrifat seseorang itu adlah sejauh mana dia dpt 'mematikan' diri nya. Merasa zahir yg ujud maka hatinya akan diisi oleh nafsu dan syaitan. Bila kita zikir maka hati akan semula diisi dgn syuhud kpd Allah. Sentiasa berbolak balik.
LikeReply4 hrs
Hakikat Insan Benar itu, Tuan Rosli Abdullah.. La maujud bil haqqi ilallah.. Sekali kita mengenal Allah, selamanya kita akan mengenal Dia. Tiada lagi istilah 'dari Allah kepada Allah'.. Yang ada, hanya Allah.. Allah.. Allah
LikeReply24 hrs
Rosli Abdullah Ya betul itulah yg dinamakan makrifat yg tahqiq dan daaimussolah
LikeReply14 hrs
Syahril Mamat Biasalah dlm zaman skrg terlalu ramai yg bijak dan pandai.. semua nya belajar mengenal.. tp yg dpt hanya cerita sja.. tu sb bila baca atau dgr sesuatu yg lain dri yg lain cepat sgt nk kondem.. teruskan tuan dgn ilmu2 Tuhan ni.. 
Biarkan laa mereka dgn cerita mrk.. CERITA & RASA tak sama.. wallahualam...

LikeReply13 hrs
Wan Maimunah Baba Dodi Mohon share...
LikeReply3 hrs
Hakikat Insan Terima kasih buat saudara Syahril Mamat. Semoga terus istiqamah di atas jalan kebenaran. Sesungguhnya jalan makrifat ini, penuh ranjau dan duri.
LikeReply13 hrs
Hakikat Insan Silakan, saudari Wan Maimunah Baba Dodi. Semoga sentiasa diredhai Allah. Amiin
LikeReply13 hrs
Azhari Ca'e Qivari orang yg masih berdalil alquran dan hadis utk meyakinkan hati mereka utk menyatakan kenyataan allah berarti matahati mereka belum terbuka..salam..izin shareSee translation
LikeReply13 hrs
Hakikat Insan Alhamdulillah, saudara Azhari Ca'e Qivari.. Silakan, Tuan.
LikeReply3 hrs
Muhamad Hafiz Sarbani Sebenarnya utk memahami n mempelajari ilmu marifat ini mesti wajib menggunakan dalil quran n hadis yg sahih...sebab ilmu ini asalnyer bukan dari para wali...khususnyer tok kenali...ilmu marifatullah asal dari Nabi SAW sendiri yg mengajar...para sahabat...See more
LikeReply23 hrs
Hakikat Insan Mohon kongsikan dengan lebih lanjut, saudara Muhamad Hafiz Sarbani.
LikeReply3 hrs
Mohd Hakis Anuar Susah utk kita berbicara tentang makrifat kerana ianya berada di dalam,tidak boleh dilihat pd pandangan zahir,,ianya harus di rasai sendiri,,ramai yg tidak memahami apa yg dicari,,masih lg mencari berdasarkn perkataan ilmu makrifat..tidak mahu mencari,...See more
LikeReply2 hrs
Muhamad Hafiz Sarbani Senang je bila sudah benar n faqih dlm ilmu ketuhanan..tau prinsip n persepadan...tidak keliru dengan ucapan n perkataan...malah yg lebih penting sedar n paham apa yg diucapkan.
LikeReply12 hrs
Muhamad Hafiz Sarbani Mana ade istilah allah takbir allah dlm ilmu ketuhanan...itu istilah peribadi...inilah puncanyer bila guna istilah peribadi sampai mati pun org lain nak mempelajarinyer x kan paham n keliru.
LikeReply12 hrs
Aby Cat Atas SyariatNya perlulah berdalil Alquran atau berpandukan Hadis agar mudah difahami...tetapi tidak berhenti di situ...kerana ilmu Allah amat luas sekali...maka teruskan lg sehingga merasai dan diberi yakini atas anugerahNya....Atas TarikatNya perlulah...See more
LikeReply2 hrs
Hakikat Insan Apabila telah sampai ke maqam makrifatullah, istilah itu tidak lagi menjadi sesuatu yang penting. Orang yang masih beristilah sana sini itu, bolehlah dikatakan masih lagi di maqam tarekat/hakikat. Contohnya zikir nafas.. Hanya golongan tarekat sahaja y...See more
LikeReply11 hr
Muhamad Hafiz Sarbani Kau ni dah merapu lah en aby cat.....kau x paham diam2 sudahlah apa yg kau melalut ni...kaji dulu sebelum buat ulasan x de syariat2 lagi...aku bicara ilmu ketuhan berlandaskan dalil alquran n hadis sahih...bukan ikut pemikiran wali...x payah sebut dalil2 syariat...utk apa? Fokus pada ilmu ketuhanan...x de duduk syariat tarekat hakikat marifat...itu semua x betul...
LikeReply1 hr
Muhamad Hafiz Sarbani Apa pulak x penting istilah...en hakikat insan...wah bahasa arab bukan satu makna..tak boleh main tibai...mungkin tok kenali boleh tapi Nabi SAW x boleh...dia mestilah tepat n difahami...oleh semua org...sebab marifatullah itu wajib fardu ain bagi seti...See more
LikeReply1 hr
Khairudin Abdul Ghani Admin, mcm mana sy nk beli buku ini...bolh pm tepi tk? Nk beli 2 biji ni...
LikeReply59 mins
Hakikat Insan Saya dah inbox Tuan smile emoticon
LikeReply12 mins
Hakikat Insan Ingatkan saudara Muhamad Hafiz Sarbani nak berkongsi ilmu, rupa-rupanya sama sahaja dengan yang lain-lain. Datang komen sekadar nak hentam orang sana sini, tuduh orang ini sesat orang itu salah. Ye, memang saudara seorang sahaja yang betul, saudara seorang sahaja yang layak masuk syurga.. Tok Kenali, Hamzah Fansuri, Al-Hallaj, dan kami semua ke neraka.. Tahniah, saudara.
LikeReply10 mins
Muhamad Hafiz Sarbani Kau ni bodoh aku x tulis sesat pun...kau fitnah aku terang ni...hakikat insan...jgn besar kepala dlm group ni....klu x nak terima pandangan aku sudahlah x yah fitnah la bangsat...terang fitnah aku...
LikeReply17 mins
Hakikat Insan Astaghfirullah.. Tadi mengaku ahli makrifat, tapi gaya bahasa yang mencerminkan pekerti sebenar Tuan. Semoga Allah mengampunkan dosa Tuan Muhamad Hafiz Sarbani.
LikeReply4 mins
Othman Draman

Write a reply...
Muhamad Hafiz Sarbani Tok kenali ajar kau fitnah org suka2 ke ....??? Patut kau rasa malu guna nama ulamak tersohor nak fitnah org...
LikeReply4 mins
Othman Draman berhukum.berserah
LikeReply1 min
Othman Draman menghukum.terserah
LikeReplyJust now

No comments:

Post a Comment