Tuesday 31 May 2016

Hakikat Insan


Assalamualaikum dan dalam sejahtera buat semua sahabat hakikat dan makrifat yang mengikuti perjalanan page ini. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita berterima kasih kepada Allah kerana diberi peluang kepada kita untuk menyatakan kewujudanNya dan diberi peluang untuk mendekatinya, alhamdulillah.
Baru-baru ini, kecoh berita mengenai penemuan salib di bahagian dalam sebuah keychain yang dibeli di kota suci Makkah. Dan pada akhirnya, kota suci Makkah itu pula yang dipersalahkan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang pembaca sekalian, melalui peristiwa ini, kita dapat melihat akan betapa takutnya sebilangan orang Islam akan lambang salib itu. Alasan mereka pula, dikuatiri akan terjejas akidah dan tergelincir dari agama Islam, Nauzubillah.
Tuan-tuan sekalian, apa ada pada sebatang Salib? Dan izinkan saya melanjutkan pertanyaan saya lagi. Apa ada pada lambang Jesus? Bahkan, apa ada pada sebuah patung tokong? Adakah objek-objek tersebut berkuasa ke atas diri kita? Begitu lemah dan kurangnya iman sebahagian daripada kita dewasa ini, sehingga terlalu fobia dengan perkara-perkara kecil seperti ini. Sedangkan semua itu, tidak lain dari makhluk ciptaan Allah, semuanya Allah belaka. Apa lagi yang perlu ditakuti jika semuanya sudah Allah?
Itulah makanya, bagi golongan hakikat dan golongan makrifat, tidak wujud lagi istilah takut dalam diri mereka itu, melainkan keyakinan kepada Dia semata-mata. Takut mereka itu, hanya kepada Allah semata-mata. Pada pandangan mereka itu, semua Allah belaka. Siapa di sebalik salib itu? Siapa di sebalik bible itu? Dan siapa di sebalik patung dewa di kuil itu? Sila jawab pertanyaan saya ini, Tuan-Tuan!
Admin Sheikh Al-Islam

LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment