Monday 23 May 2016

ws

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Maaf admin
Sy ada Sedikit info utk dikongsi bersama

Dah lama sebenarnya saya nak kongsi pengalaman kami suami isteri dengan seorang doktor pakar sakit puan yang sangat islamik. Isteri saya mengandung kali pertama tahun 2013. Masa tu seronok bila dapat tahu isteri mengandung. Pergi cek dekat klinik, memang sah mengandung. Tak lama tu isteri saya gugur. Mungkin sebab tak arif lagi macam mana nak jaga kandungan, kami selalu keluar jalan2. Lepas gugur tu kami lebih kenal dengan Dr Marsita Mansor, seorang pakar sakit puan. Klinik dia kat taman melati. Masa tu dia panel kat beberapa hospital, antaranya columbia asia setapak, kpj ampang puteri. Dan dia pernah bertugas sbg doktor kat timur tengah, lupa dah negara mana.

Sebenarnya kami pun kebetulan je kenal. Saje2 nak pergi cek gugur kat klinik pakar tu mmg rasanya bukan pilihan kami sbb saya keje sorang je. Isteri belum posting lagi. Memang kena jimat duit sangat masa tu. Rumah sewa kat kl masa tu 500 ke atas. Mujur mak sedara saya ni baik sangat. Kami tumpang rumah dia. Rumah maksedara ni ada 2 tingkat. Kami duduk bilik tingkat atas. Jadi, saya kena dukung isteri panjat tangga waktu balik dari rawatan keguguran tu. Kat rumah ada anak dia darjah 5, pastu ada bibik sorang. Bibik tu la yg jadi kawan sembang Aimi Nazihah masa saya pegi keje.

Bibik ni baik sangat. Solat, mengaji tak tinggal. Selalu jugak tengok bibik bangun tahajud. Susah nak cari bibik yg baik mcm ni. Mak sedara pun layan mcm keluarga sendiri. Pegi pasar malam pun bawak bibik. Kalau pegi mana2 maksedara mesti belikan apa2 untuk bibik. Siap tanya lagi nak makan apa, dia nak belikan. Sekarang bibik dah balik indonesia. Untuk adik2 yang nak cari keje, walau apapun kerja kita, kalau akhlak kita baik, dekat dengan Allah, amanah, mesti semua org suka, hidup kita berkat. Pesanan untuk kawan2 yg ada bibik pula, layanlah bibik dengan baik walaupun dia hanya seorang bibik. Hormatilah dia. Apatah lg kalau bibik tu lebih tua dari kita. Eh..panjang pulak masuk cerita lain ni. Sori2. Kita sambung cerita pasal tadi plak.

Bila isteri saya bleeding tu, saya bawa ke klinik biasa. Tapi doktor cakap tak boleh kesan sama ada betul2 gugur atau tak. Alat yg klinik guna tu, gambar scan dia tak jelas. Jadi doktor kat situ mintak saya bawa isteri buat check up dengan kawan dia, Dr Marsita Mansor kat klinik medina, taman melati. Doktor siap buat surat kes emergency kpd Dr Marsita. Kami pun pergi la ke klinik pakar medina bawak surat tu.

Dah sampai klinik, isteri saya dapat rawatan hari tu jugak. Padahal ramainya org tunggu giliran dari siang td. Bila tanya kat akak kaunter tu baru kami tahu yg klinik tu tak boleh nak buat check up sesuka hati. Kena buat appointment paling kurang sebulan. Isteri saya keluar dari klinik lepas buat rawatan gugur tu pun pukul 4 pagi, ramainya org. Tapi rezeki kami dapat jumpa dr marsita sbb emergency kes tu. Lepas tu setiap kali apointment kami akan jumpa dr marsita dan tiap kali jumpa mesti kami dapat ilmu baru. Ni la yg saya nak share dekat kawan2 pasal pemakanan.

Perkara pertama yg kami teruja dengan sharing dr marsita ialah bila kami beli produk gamat. Masa check up tu kami bagitahu dr yg kami beli produk gamat tu untuk cepatkan sembuh keguguran tu. Dr tak bagi minum. Terkejut jugak sbb harga sebotol dlm rm70 lebih dah terbeli dah. Rupanya dr cakap gamat tu superhealing. Maksudnya dia akan melekatkan apa yg x sepatutnya lekat dalam perut bila kita minum. Kami pun buang saje je sebotol besar tu. Dr cakap ini bukan cakap kosong, tapi berdasarkan kajian.

Nak kata dr marsita tak percaya dengan kaedah tradisional, tak jugak sebab dr tu memang pengamal herba. Kat klinik dia penuh dengan produk2 herba yg dijual. Bila mengandung anak pertama pun, dr marsita tak bagi pil acid folic kat isteri saya. Dr suruh *makan kurma 7 biji setiap hari. Dalam kurma ada banyak acid folic. Cukup dah untuk ibu mengandung.* Kemudian dr ajar lagi, kalau tak lalu nak makan kurma 7 biji tiap hari, blender kurma tu banyak2 simpan dlm peti ais, boleh la minum setiap hari. Dr suruh kami buat sendiri je semua, jd kami pun blender sendiri je.

Disebabkan isteri saya check up dan bersalin kedua2 org anak dgn dr ni, jadi kami memang rapat dengan dr. Ada sekali tu saya bawak mak saya check up kat sini, masa mak keluar dari bilik dr marsita, dato' siti nurhaliza pulak masuk check up. Rupanya artis pun ada check up kat sini. Ramai yg suka dengan cara dr marsita yg islamik, peramah,  selalu doa masa merawat, masa nak mula rawatan pun mesti baca bismillah. Sebab tu kami sanggup berjimat semata2 nak dapatkan rawatan dekat sini. Bukan sebab nak berbangga dengan rawatan yg mahal, tapi sbb ilmu dan tips yg selalu dr bg, rasanya tak ternilai harganya. Ning Baizura pun check up kat sini tau.

Tip seterusnya, ada org yg tak boleh telan *myk zaitun* kan? Saya dgn isteri pun sama. Tp bila cekalkan hati, demi kebaikan baby dlm kandungan tu, aimi nazihah minum jugak. Saya pun turut minum untuk bg semangat kat isteri. Saya tak susah sangat nak biasa sbb dulu penah amalkan masa aktif dlm dunia herba dengan HPA. Dr cakap, ada sorang patient tu bila disuruh amalkan myk zaitun, dia cakap dr bagi dia makan sampah. Mmg rasanya tak sedap. Tapi alhamdulillah sampai sekarang kami masih amalkan. Lama2 minum tekak jd biasa la. Minum 1 sudu je pagi sebelum makan apa2.

*Pati delima* dengan *madu* pun kami minum sampai sekarang. Ini juga yg dr syorkan. Masa insyirah umur 1 tahun pun kami dah bagi minum madu, minyak zaitun dan pati delima. Insyirah sangat suka minum. Pesanan untuk ibu bapa, bagus kalau kita boleh ajar anak amalkan benda2 mcm ni masa kecik lagi. Bila dah besar takde la susah nak biasa dengan herba. Madu ni ada satu lagi tambahan yg dr ajar. Ambil air suam, campur madu, pastu letak 7 ke 8 urat za'faran. *Za'faran* ni kena beli yg debunga tu. Debunga asal dia. Jenuh jugak la kami cari kedai yg jual tu. Klinik tu ada jual tapi nak cari yg dekat dgn rumah. Bila warna air dah kekuningan, boleh la minum. Aimi selalu bawak bekal pegi sekolah.

Dulu saya ni jenis suka makan kacang pagoda tu. Bleh hilang mengantuk makan masa memandu. Tapi sejak dr ajar makan kacang2 yg berkualiti. Saya tukar cara pemakanan. Harga mmg boleh tahan la mahal tapi fikir positif. Isteri saya alhamdulillah bleh amalkan masa tu. *Badam, hazelnut, walnut, pistachio* tu semua sangat bagus kalau mak2 yg mengandung dapat amalkan. Beli banyak2, ratah je masa duk saje kat tempat keje atau dalam kete. Tapi dalam banyak2 kacang tu, paling tak sedap walnut la sbb rasanya tawar.

Walaupun mencabar nak makan banyak2, dr cakap walnut ni bentuk dia pn Allah jadikan mcm bentuk otak manusia, jd dia mmg sgt baik untuk pertumbuhan otak baby dlm kandungan. Oh.. lupa, ada 1 lagi, cranberry. Dr suruh makan *cranberry* sbg ganti asam2 tu. Mak2 yg mengandung mesti nak mkn asam kan. Cari la cranberry lepas ni. Kalau tak tahu mcm mana cranberry tu, google je. Bagus sangat untuk kencing kotor.

Yang terakhir *susu kambing.* Ini semua org tahu rasanya. Cumanya dr kurang galakkan minum susu kambing yg dalam sachet tu sbb banyak creamer drp susu. Lebih baik cari susu segar. Tapi kalau susah nak cari susu kambing segar, carilah susu good day. Minum setiap hari sbb baby perlukan banyak kalsium. Susu good day ni antara yg paling segar dari ladang sbb dr ajar tgk tarikh luput dia, kejap je dah expired. Cari kat supermarket mesti ada punya. Ataupun kalau takde sangat, bleh la minum susu kambing yg sachet tu.

Walaupun saya jadi agen unit trust public mutual sbg part time, tapi dlm sibuk pun, saya tetap usahakan jaga kualiti makanan anak2 sampai sekarang. Masa isteri saya mengandung lg dr pesan jangan sentuh fast food. Kalau nak makan ayam pun beli yg organik atau cari ayam kampung. Sebenarnya banyak lagi ilmu yg kami dapat dari dr marsita. Tapi x sempat nak kongsi kat sini. Ni pun dah panjang lebar bercerita. Kalau ada masa insyaallah saya kongsi lg. Kawan2 boleh la cuba. Tak rugi pun kita melabur banyak untuk kesihatan. Insyaallah dividen yg Allah bg sangat berbaloi.

Semoga bermanfaat.
Oleh : *Nik Mohd Fahmi*

💻 http://www.alarif.com.my 😉

No comments:

Post a Comment