Wednesday 18 May 2016

hakikat syariat


MANA YANG DIKATAKAN SYARIAT?
Apakah yang dikatakan syariat Allah, yang sama sekali tidak boleh kita tinggal? Syariat Allah itu, adalah termasuk rukun yang tidak boleh kita tinggal!
Ada pun rukun syariat dalam sembahyang yang 13 itu, kita boleh tinggalkan sekiranya kita uzur. Sedangkan syariat Allah yang sebenar-benar syariat itu, tidak boleh sekali-kali kita tinggalkan walaupun uzur, walau mati sekali pun!
Kita boleh tinggalkan rukun berdiri, jika kita tidak ada kaki, kita boleh tinggalkan takbir, kiranya tangan kita putus, kita boleh tidak lafaz ayat-ayat suci, kiranya mulut kita bisu dan kita tidak perlu rukuk, kiranya kita sakit pinggang, kita tidak perlu sujud, kiranya kita sakit.
Cukup sembahyang dengan cara duduk, cara baring dan boleh sahaja dikerjakan dalam hati. Itulah yang dikatakan perbuatan syariat (syariat sembahyang). Mana pula yang dikatakan syariat Allah?
Syariat Allah, bukan berdiri, bukan rukuk, dan bukan sujud! Mana syariat Allah?
Tuan-tuan terlupa dan teralpa yang kita sekarang dan selama ini, telah jauh meninggalkan syariat Allah…
Nur Muhammad

No comments:

Post a Comment