Part 2...Sambungan cerita tok batin dan Pak Imam.. 'Antara yang asli dan yg palsu'
Narrated by my father..
* Cerita ini hanyalah rekaan semata2. Tidak kena mengena antara yg hidup dan yg mati. Jika ada ianya hanyalah kebetulan. 😉
'Pak imam tak puas hati diatas perbuatan oleh tok batin dan penduduk nya yg memalukan nya dan rakan2nya. Maka pak imam memanggil ahli jawatan kuasa masjid bermusyuarat serta mencadangkan supaya tok batin didakwa kerana menghina islam. Maka semua ahli jawatan kuasa masjid bersetuju serta mereka membuat aduan polis.
Maka pak imam dan ahli jawatan kuasa masjid pergi membuat aduan ke balai polis dan jabatan agama islam serta mereka dan penguat kuasa agama pergi ke kampong org asli bagi menahan tok batin atas dakwaan menghina islam. Maka tok batin dibawa oleh mereka untuk didaawa ke mahkamah sariaah. Apabila sampai hari perbicaraan semua penduduk kg org asli dtg ke mahkamah untuk menyaksi kan perbicaraan.
Pada pagi hari perbicaraan di mahkamah sariaah telah ramai wartawan akhbar dan penduduk org asli berkumpul diluar mahkamah. Apabila kereta penguat kuasa agama dan kereta polis masok kepekarangan mahkamah dan dilihat tok batin bergari dan diiringi oleh penguat kuasa agama masok ke kamar mahkamah. Ketika itu keadaan agak kecoh oleh kerana penduduk org asli yg tak puas hati kpd mereka. Tetapi pihak polis dpt memujuk mereka.
Ketika hakim masok bersidang dlm mahkamah semua yg hadir diminta bangun bagi menghormati hakim. Kemudian hakim membaca kan pertuduhan terhadap tok batin kerana menghina islam dan hakim berkata:
"Adakah kamu faham terhadap pertuduhan ke atas kamu?"
Tok batin menjawab:
"Saya faham, tapi kenapa saya dituduh menghina islam? Saya hanya bertanya saja pd pak imam, bukan buat jahat. Salah ke? Tuan hakim pun bertanya jugak pd saya. Apa yg saya cakap perkara benar je."
Maka hakim menyuruh tok batin duduk. Maka hakim meyuruh pihak pendakwa memgeluarkan hujjah nya. Maka pihak pendakwa memanggil para saksi yg terdiri drp pak imam dan ahli jawatan kuasa masjid. Pihak pendakwa meminta para saksi menceritakan nya perkara yg telah berlaku kpd mereka kpd mahkamah. Maka para saksi menceritakannya perkara yg telah berlaku diantara mereka dari awal hingga akhir. Ketika para saksi menceritakan perkara tersebut berlaku perkara yg melucukan yg membuat para hadirian ketawa terbahak2. Dan tok batin pun sama ketawa dgn anak buahnya. Ketika itu hakim memerintahkan supaya hadirin diam. Maka mahkamah senyap sunyi sebentar. Ketika itu pihak pendakwa bangun memohon kpd hakim untuk meneruskan hujjahnya. Maka hakim pun mempersilakan nya. Pendakwa pun berkata, bagi menjaga kepentingan ummah dan agama Islam, maka sepatutnya org yg kena tuduh dijatuhkan hukum secara maksimum dan menjadi pengajaran kpd kaum2 lain supaya tidak menghina islam.
Perbicaraan ditangguhkan.
Tok batin pula telah diikat jamin polis. Dan ketika tok batin keluar dari mahkamah, para wartawan dari luar negeri dan dlm negeri telah mengerumuni tok batin serta mengemuka kan berbagai2 persoalan kpd tok batin. Tok batin hanya menjawab:
"Tanya la mahkamah. Saya tak blh cakap. Nanti salah cakap kena tahan pulak."
Maka tok batin dan anak2 buahnya terus beredar dari mahkamah blk ke kg mereka.
Ketika tok batin nak naik taxi, dtg saorg wanita yg berpakaian kemas berjumpa tok batin seraya memperkenal kan dirinya saorg peguam bela kpd tok batin. Dan dia bersedia memberi perkhidmatan percuma kpd tok batin bagi mewakili tok batin dlm perbicaraan yg akan dtg. Maka tok batin amat gembira diatas pertolongan peguam tersebut serta mengucap kan berbanyak2 terima kasih kpd peguam tersebut. Sebelom tok batin beredar peguam itu mengeluarkan kad nya kpd tok batin supaya menghubungi nya sebelom perbicaraan.maka tok batin menganguk2kan kepala nya tanda setuju.
Pada hari perbicaraan kali kedua di mahkamah sariaah yg mana tok batin dan anak2 buahnya telah lebih awal berada diperkarangan mahkamah bagi menunggu waktu perbicaraan dimulakan. Para wartawan pun telah bersedia bagi membuat liputan perbicaraan tok batin. Ketika itu muncul peguam tok batin dan mereka terus bersalaman diantara keduanya serta mengiring tok batin masok ke kamar mahkamah. Tak lama selepas itu hakim pun muncul serta semua hadirin bangun bagi menghormati tuan hakim.
Maka pegawai pendaftar mahkamah pun membacakan kes perbicaraan tok batin kpd hakim bagi memulakan perbicaraan hari kedua..
BERSAMBUNG..... Part 3. Nantikan plot2 menarik yg seterusnya..
No comments:
Post a Comment