Friday, 26 July 2019

makhluk mayat



Bila kita dilahirkan ke dunia ini, maka tuhan letakan satu makhluk dalam diri kita, makhluk itu ialah mati. Mati itu adalah ciptaan Allah umpama bom jangka yang akan meledak mengikut waktu yang telah ditetapkan. Dan makhluk mati ini, tidak bersangkutan dengan usia, sakit, atau ibadah. Tak kira kita ini muda atau tua, sakit atau sihat, ahli ibadah atau tidak, beragama atau tidak, sampai tempoh masa yang telah ditetapkan nescaya mati akan menjalankan tugasnya untuk mematikan . Jadi beringatlah bom kematian dalam badan kita ini tunggu masa sahaja. Maka usahlah kau merasakan dirimu itu hebat, kerana kematian pun kamu tak dapat halau keluar dari mendiami dalam jasadmu. Kerana itulah kematian sentiasa bersama kita.

No comments:

Post a Comment