WARKAH CINTA
Kita tidak akan pernah tiada, wahai cintaku, tidak akan pernah sirna dan musnah. Jika setiap bentuk yang mewujudkan kita di alam sini musnah, bentuk yang baru pula sudah tersedia untuk mewujudkan kita, yang mana ianya sering kali bukanlah pilihan kita.
Bahkan sisa makanan yang engkau rasakan bahawa engkau telah melakukan perbuatan membazir itu, ianya pasti menjadi hidangan makan malam yang sangat lazat dan meriah bagi sekumpulan keluarga semut merah.
Pandanglah segalanya dengan cinta, wahai saudaraku yang setia. Nescaya engkau akan melihat bahawa setiap perbuatan dan juga kejadian di dunia ini, tiada yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment