#Edisi_Tasawuf
BELAJAR DARI LEBAH DAN LALAT
BELAJAR DARI LEBAH DAN LALAT
Ada seorang alim bertanya pada saya, "Apakah perkara pertama yang akan lebah cari apabila ianya dicampak ke dalam longgok sampah?"
Saya pun seraya menjawab, "Sudah pasti lebah itu akan mencari madu."
Orang alim itu menyatakan, "Tidak, namun sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu."
Kemudian dia bertanya lagi, "Apa yang akan terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan kuntum bunga?"
Lantas saya pun menjawab, "Pasti lalat itu akan mencari sampah."
Orang alim itu berkata, "Jadilah kamu seperti mata lebah, walaupun telah ditunjuk akan seribu keburukan seseorang itu kepada kamu, namun tetap kamu mencari kebaikannya."
Lalu beliau menyambung bicaranya, "Dan janganlah kamu jadi seperti mata lalat, walaupun telah ditunjuk akan seribu kebaikan seseorang itu kepada kamu, namun kamu masih lagi mahu mencari keburukannya."
No comments:
Post a Comment