AIDIL FITRI, KEMBALI KE SEBENAR DIRI
Makna Aidil Fitri bukanlah "kembali kepada kesucian". Fitri itu bukanlah bererti suci. Tetapi ianya sinonim dengan kata arab "fathara", yang membawa maksud "penciptaan". Makanya erti fitri itu lebih dekat maksudnya dengan pucuk pangkal, usul asal, pola dasar, diri sebenar.
Besar kemungkinan, kata "pattern" di dalam bahasa Inggeris, yang juga bermakna pola dasar, seakar katanya dengan kata fitri, iaitu "fitrah". Dengan demikian, Aidil Fitri lebih tepat dimaknai sebagai "kembali kepada fitrah".
Perlakuan ibadah puasa umat Muslim selama berhari-hari itu bertujuan utama adalah tidak lain untuk menemukan atau pulang kembali kepada diri fitrah, atau diri sebenar diri yang sememangnya unik bagi setiap individu, dari satu kepada satu masing-masing peribadi.
Selamat Aidil Fitri buat seluruh sanak saudara dan juga sahabat handai. Minal Aidin wal Faizin. Semoga semua makhluk diberkati Tuhan, bahagia menjadi diri sebenar diri mereka masing-masing, walau di mana saja.
No comments:
Post a Comment