Tuesday 30 July 2019

"USTAZ MENTAL"

"USTAZ MENTAL"
Buat sekalian ustaz selebriti, lebai kedai kopi, tok syeikh, tuan guru, dan segala macam lagi gelaran yang berkaitan dengan ahli syurga.
Tekanan perasaan bukanlah disebabkan oleh lemah iman ya.. apa ke baghal orang yang stress disuruhnya baca kitab arab... orang berbual pasal psikologi, engkau pun nak ikut berbual juga... tapi isi engkau haprak...
Dulu orang pergi belajar degree psikologi, engkau pulak pergi belajar balaghah di pondok... lepas sudah diijazahkan tuan guru engkau, maka engkau pun merasakan bahawa ilmu engkau sudah cukup lengkap mencakupi segenap isi langit dan juga bumi ini...
Sedarlah daripada lamunan dan juga angan angan mat jenin engkau itu... ingatlah bahawa setiap sudut ilmu itu, ada yang lebih mahir dan juga pakar di dalam pekerjaannya... hormatilah sesama kita manusia, bukan sekadar sibuk mengajak orang lain masuk ke syurga.

No comments:

Post a Comment