Tuesday, 30 July 2019

BUAT GOLONGAN TAREKAT

BUAT GOLONGAN TAREKAT
Tidak kisahlah anda daripada tarekat apa. Samada penganut Qadiriah, Naqsyabandiah, Muhammadiah, Syaziliah, atau apa saja nama dan juga panggilannya. Semua tarekat itu benar belaka, hanya nama dan caranya sahaja yang berbeza. Justeru itu, ”cara” itu menjadi salah dan sesat, ketika mana seseorang salik itu melihat dan menilai terlalu tinggi akan ”jalan” yang diikutinya, sehinga dia menafikan pula ”jalan” yang lain dan yang berbeza daripadanya. Ingatlah wahai saudaraku sekalian. Walau apa jalan sekalipun yang anda telah pilih dan tempuhi, destinasi akhirnya tetap sama sahaja adanya. Maka dari itu, bersihkanlah jiwa dan juga sanubari anda daripada perasaan "jalan akulah yang terbaik"

No comments:

Post a Comment