BANYAK ORANG MELAKUKAN SOLAT TETAPI TIDAK SAMPAI KEPADA YANG DISEMBAH
Memang banyak orang yang secara zahiriah nampak khusyuk sekali solat mereka. Bibirnya sibuk mengucapkan zikir-zikir, selawat selawat, dan doa-doa, namun hatinya masih tebal dihijab oleh urusan duniawi mereka.
Islam yang demikian itu ibarat kelapa, dan mereka hanya makan serabutnya. Padahal yang paling nikmat itu adalah isi kelapa dan air kelapanya. Mereka sembahyang lima waktu itu hanyalah sekadar zahirnyasahaja. Tidak terpengaruh sama sekali kepada jiwanya.
Padahal sembahyang itu diharapkan dapat mencegah mereka daripada perbuatan keji dan mungkar, namun mereka tidak mampu untuk melakukannya dalam kehidupan sehari-hari.
Kalaupun hakikat solatnya itu membekas pada perilakunya, itupun hanyalah sedikit. Buat apa sembahyang lima kali, jika perangainya teruk dan buruk sekali? masih suka mencuri dan berbohong. Untuk apa bibir penat lelah berzikir menyebut asma Allah, jika kita masih berwatak yang suka mengingkari segala asmaNya.
Lebih celaka lagi daripada ini, kadang-kadang pula mereka mengharapkan ganjaran pahala dan balasan syurga atas segala amalan mereka. Solatnya sahaja belum tentu lagi diterima serta dihargai oleh Allah, tetapi mereka sudah terburu-buru minta balasan.
Agama pada zaman ini;
Agama SYOK SENDIRI.
Agama SYOK SENDIRI.
No comments:
Post a Comment