Tuesday, 10 January 2017

ZAHIR TUHAN

ZAHIR TUHAN - ZAHIR HAMBA
Zahir sifat Tuhan kepada hamba adalah seperti wujud kita ini ialah bayang-bayang bagi wujud Allah Ta'ala.. Mustahil bayang-bayang itu dapat berdiri dengan sendirinya.. Jika tiada dengan wujud tuan empunya bayang-bayang, mustahil bergerak bayang-bayang dengan tiada bergerak tuan empunya bayang-bayang.
Bermula misal ini adalah bagi menghampirkan dan mempermudahkan faham.. Bermula Allah Ta'ala itu Maha Suci daripada misal dan tassabbah, ertinya diibaratkan dengan bayang-bayang itu yang betulnya tempat zahirnya jua, seperti firman Allah Ta'ala:
"Hanya Aku jadikan suatu itu kerana hendak
mengenal engkau akan daku dalam tiap-tiap sesuatu"
Maka penaikan hai insan akan wujudmu dalam wujud Allah, penaikan segala sifatmu ke dalam sifat Allah itu ialah;
Allah Ta'ala yang hidup di dalam dirimu
Allah Ta'ala yang tahu dalam ilmumu
Allah Ta'ala yang kuasa dalam tulangmu
Allah Ta'ala yang berkehendak pada nafsumu
Allah Ta'ala yang mendengar pada telingamu
Allah Ta'ala yang melihat pada matamu
Allah Ta'ala yang berkata-kata pada lidahmu
Maka tatkala itu, terlepas engkau daripada syirik kepada Tuhan.
Dan adalah sebab terdinding kita kepada Allah Ta'ala itu adalah dengan sebab sangka dan faham kita kepada Allah Ta'ala; dengan sebab sangka dan faham kita, disangka kita yang punyai ikhtiar dan punyai perbuatan.. Syak sangka itulah yang wajib kita buang iaitu rasa keAKUan DiRi itu, dan iktikad pada kalimat "La Ilah Kanna" tiada sekali-kali kita, jiwa kita, perbuatan kita, dan ikhtiar kita, semuanya Allah Ta'ala yang berlaku pada hamba semata.. Barulah benar-benar bulat iktikad Tauhid kita kepada Tuhan sekalian alam ini. Amiin²

No comments:

Post a Comment