Sunday 22 January 2017

hakikat

PANDANG YANG BANYAK PADA YANG SATU
PANDANG YANG SATU PADA YANG BANYAK
Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku.. Tiada yang wujud selain Allah.. Jika ada wujud yang lain sekalipun, itu pun hanyalah sekadar wujud majazi @ wujud waham @ wujud persangkaan pada pandangan mata kasar manusia..
Berpegang teguhlah dengan kefahaman sifat 20 kalian.. Sifat Nafsiah iaitu 'WUJUD' hanya layak dipakai oleh Allah.. Selain daripada Allah itu, sifatnya 'ADAM' iaitu tiada..
Maka barang siapa yang mengatakan 'Aku wujud' dan 'Allah wujud' nescaya jatuh syirik lah beliau pada ketika itu, kerana telah mengadakan @ melihat dua kewujudan..
Berhati-hatilah kalian, kerana dosa syirik ini teramat halus sekali.. Ibarat seekor semut hitam, yang sedang berjalan di atas batu hitam, di tengah kegelapan malam..
Kerana itulah, Tok Kenali telah berpesan kepada kita di dalam salah satu wasiat beliau iaitu "JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI".. Kerana inilah bentuk syirik yang paling halus sekali..
Tidak perlu kalian sembah patung berhala.. Tidak perlu kalian percaya tangkal azimat.. Cukup sekadar melihat 'wujud diri', maka syirik lah kalian.. Ingatlah saudaraku, tiada dosa yang tidak diampun oleh Allah taala kecuali dosa syirik..
Ya Allah, ya Tuhan.. Kekasihku.. Lindungi kami semua dari dosa syirik kepadaMu samada yang terang atau yang tersembunyi.. Berilah petunjukMu agar kami kekal di jalan yang benar.. Amiin²

No comments:

Post a Comment