Monday, 9 January 2017

MATI SYARIAT, TARIKAT & HAKIKAT.

MATI SYARIAT, TARIKAT & HAKIKAT.
Mematikan diri menurut syariat ialah membuang dosa dan kehendak-kehendak nafsu. Dalam Fana, mereka menghapuskan kehendak-kehendak nafsu. Dalam Baqa, mereka menghitung semua sifatnya.
Dalam Syariat, mati ini bererti menjauhkan dari dosa. Dalam Tarikat, bererti menghapuskan kelakuan-kelakuan yang keji dan memakai akhlak-akhlak yang terpuji.
“TAKHLUK BI AKHLAK KHULLAH"
"PAKAILAH SIFAT-SIFAT ALLAH“
Dalam Hakikat, ialah menghapuskan keAKUan diri sendiri, dan ini lebih sukar lagi dari kedua-dua terdahulu itu. Bukan senang mencapainya kerana ianya ialah keadaan Zouk. Dua yang mula itu boleh dicapai dengan latihan yang bersungguh-sunguh. Yang ketiga itu adalah kurniaan Allah dan bimbingan dari Guru yang Mursyid. Untuk mencapainya dengan latihan dan mujahadah sahaja sangatlah sukar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Jumaat ayat 4:
“INILAH PEMBERIAN ALLAH YANG DIKURNIANYA KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKINYA”
Ada pula yang mentafsirkan bahawa “Mati Diri” itu sebagai hidup itu sendiri.
Tidak perlu untuk mati. Mati itu telah ada di sini (berkenaan zat manusia yang mana adalah Adam (tiada). Abdullah Bilyali pernah berkata bahawa si Arifbillah tidak akan mencapai ilmu Allah kecuali dia menganggap Zat, Sifat dan Afa’al nya sebagai Zat, Sifat dan Afa’al Allah. Allah kekal dalam kekekalannya sendiri.
Dan tidak ada “yang lain”
"LAISA FIL WUJUDU ILLALLAH"
"TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH"
“INNI ANALLAH, LAAAILA HAILLA ANA"
"AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”

No comments:

Post a Comment