Masa di Jabal Uhud, masih terngiang2...
kata jurucakap (seorang student di universiti madinah) Jangan buat perempuan marah, kerana bila marahnya seorang perempuan ia boleh menjadi seorang yg menakutkan dan kejam contohnya Hindun yg teramat marah kpd saidina Hamzah kerana menyebabkan kematian bapanya dalam peperangan Badar..dendamnya berkobar2 hingga bernazar utk memakan jantung orang yg menyebabkan kematian ayah dan saudara lelakinya.
Beliau menjanjikan kemerdekaan kpd seorang hamba yg bernama Wahsyi jika dapat membunuh Saidina Hamzah. Apabila Wahsyi dapat membunuh Saidina Hamzah maka datanglah Hindun membelah dada lalu diambil jantungnya dikunyah lalu memuntahkannya. Untuk itu Hindun digelar "aakilatul akbaad" (pemakan jantung).
Bagaimanapun kesucian agama Islam telah membuka pintu hati Hindun lalu memeluk Islam dan berbaiat dgn Rasululullah. Hindun meminta maaf atas kesalahannya yg lalu...Rasulullah menjawab "semoga Allah memaafkanmu"..Wahsyi juga memeluk Islam , bagaimanapun Rasulullah tidak dapat bertentangan mata dgn Wahsyi kerana kasihnya terlalu tinggi kpd Saidina Hamzah....
Santuni perempuan sebagaimana yg disarankan dalam Islam kerana wanita itu tulang rusuk yg bengkok jadi bukan satu kerja yg mudah bagi seorang yg bergelar suami mahupun ayah...
No comments:
Post a Comment