*๐ฑKELIRU KETUHANAN-NYA๐ฑ*
*SIAPA ITU TUHAN?*
*DAN SIAPA ITU ALLAH?*
๐ธSiri Asas Ilmu Tasawuf๐ธ
Level Pemahaman Tahap : 1
Bismillah .. Beberapa tahun sudah ada sebuah aliran Tarekat yang dinamakan _Pondok Riadah Solehin (PRS) yang hanya terdapat di Perak, dimana Gurunya yang dianggap mursyid yang telah disahkan oleh para malaikat Allah oleh ahli ahlinya, mengajari suatu "fahaman baru" yang bertentangan dengan aqidah Salafussoleh, di mana mereka menganggap :
_"Allah Bukan Tuhan dan tidak boleh sesekali memanggil Allah itu sebagai Tuhan dengan alasan mereka, bahawa yang dikatakan Tuhan itu adalah objek objek sembahan non-muslim._
Kata mereka : _Tuhan itu patung gangsa, Tuhan Itu patung gajah, Tuhan itu patung dewa memiliki banyak tangan, Tuhan itu pokok besar dan api yang disembah golongan majusi_
_Maka dengan alasan mereka itu, atas kerana perkataan "Tuhan" telah mereka diregister "khusus" untuk patung patung sembahan, maka Allah SWT "tidak boleh" lagi dipanggil dengan kalimah "Tuhan"._
_Apa itu Allah? Kata mereka Allah itu adalah Allah! Tidak boleh berdoa : *"Ya Allah ya Tuhanku",* sebab lafas ini menyebabkan "wujudnya 2 Tuhan dalam DOA (¹Allah & ²Tuhan-Tuhan). Mesti berdoa : *"Ya Allah Ya Ya Allahku"* - kata mereka._ ๐
Apa yang diperkatakan oleh Syeikh PRS di atas ini, inilah yang dikatakan Bidaah Dholalah yang membawa kesesatan umat dimana membuat modifikasi dalam hal hal syariat agama baik hal yang "zahir" mahupun hal yang "batin".
Para Rasul, Nabi, kaum Salaf, kaum Sufi dan Wali Wali silam telah lama mengguna pakai kalimah _"Allah Tuhanku"_ atas sebab mereka "faham" maksud lafas tersebut. Dan di dalam nas Al Quran pun menyebut Allah itulah satu satunya Tuhan. Maka inilah suatu fahaman yang menyimpang sunnah. Dan dalam situasi ini, barulah kita umat Islam boleh memakai hukum : *Bidaah* bagi menstatuskan kesesatan atas sesuatu hal dalam urusan agama. Dan wajib menghukum fahaman di atas ini sebagai "Bidaah" membawa kesesatan. _(tapi bukannya membidaahkan maulid harijadi Nabi SAW)_
Ingin saya maklumkan di sini bahawa pengikut aliran fahaman Syeikh Tarekat di atas ini, bukanlah tergolong dalam kalangan *Ahli Ahli Tasawuf* dan Tarekat PRS ini bukanlah "Tarekat" beraliran Tasawuf atas sebab para pengikutnya *Anti Kitab Kitab Tasawuf,* atas sebab ada segelintir ahli ahli "Jemaah Fekah" ini mencela kitab kitab karya agung Imam Al Ghazali. Mereka mencela dan mempeleceh para Ulama Ulama muktabar silam dan kitab kitabnya. Maka aliran "Jemaah Fekah" di atas ini bukanlah "tarekat Tasawuf". Bagi mereka, _umat Islam yang "tidak" mengambil amalan Syahadah dari Syeikh mereka (PRS) di anggap Belum sempurna Islamnya (inilah Bidaah kedua yang dilakukan oleh Jemaah Fekah ini)._
Walaupun majlis fatwa kebangsaan telah menfatwakan bahaya ajaran Syeikh Ismail PRS menyimpang dari aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, tetapi ramai anak anak muridnya masih menyebarkan fahaman : _"Allah Bukan Tuhan, Allah adalah Allah, Tuhan adalah Patung Sembahan Non-Muslim."_
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
*BAHAGIAN - II (ULANG)*
*MEMBETUL KEFAHAMAN YANG MENYIMPANG*
Benarkah Patung Gangsa di dalam Took Kong itu Tuhan? Manalah ada "lain lain" Tuhan selain Allah? ..
Syirik bila menyatakan wujudnya Tuhan selain Allah ataupun bila kita menyebut "Tuhan-Tuhan Patung" ..
Dia lah yakni Allah SWT itulah satu satunya TUHAN di Alam Maya ini ..
Ada segelintir ahli Tauhid dan Tarekat yang tersalah memahami pada pangkal lafaz kalimah Syahadah ini :
_"Aku Bersaksi Bahawa "TIADA TUHAN" kecuali Allah"_
Lalu guru guru mereka yang kurang ilmu ilmu-Nya dan rendah maqam kefahaman makrifah kepada-Nya, membuat penafsiran yang salah tentang pangkal Kalimah Syahadah ini dengan menafsirnya sebagai :
*"Memang Tiada walau satu TUHAN pun pada alam ini atas sebab Allah dah kata _TIADA TUHAN!_ .. Yang "ADA" wujud hanya Allah sahaja. Tapi yang disebut sebagai TUHAN memang tiada! Allah bukan TUHAN atas sebab Allah dah kata "TIADA TUHAN" jadi tidak boleh dikata Allah tu TUHAN. Allah tu adalah Allah sahaja. Kalau Tuhan, itulah patung patung sembahan manusia"*
Di atas inilah penjelasan mereka tentang definasi antara Tuhan dan Allah. Allah bukan boleh dipanggil Tuhan, dan Tuhanpun tidak boleh dianggap sebagai Allah?
Sebenarnya golongan ini tidak faham tafsiran silam yang sebenar berkenaan maksud pangkal kalimah syahadah ini, tapi mereka tidak mahu bertanya dan tidak mahu merujuk kitab kitab silam yang membicarakan panjang lebar tentang sifat *"KETUHANAN-NYA ALLAH SWT."*
Kefahaman yang salah dan menyimpang ini wajib diluruskan agar tidak terus tersebar dan sesat dalam cahaya ilmu 'akal'.
Dan mereka wajib mendengar nasihat penbetulan ini jika benar benar mereka golongan orang orang yang mencari petunjuk-Nya.
*APA ITU TUHAN DAN APA ITU ALLAH?*
Perkataan Tuhan tu adalah _"Status Diri"_ bagi Allah.
dan nama Dzat bagi Tuhan yang ESA pula adalah Allah ..
Sama juga bagi manusia.
Apa _"Status diri" bagi Rasulullah?_
Status diri bagi Rasulullah SAW adalah _Insan_ (bukan Tuhan) dan "nama" bagi _Keinsanan Rasulullah_ adalah *Muhammad.*
Atas sebab itu juga disebut bahawa "diri kita" juga adalah *"Muhammad"*_(insan)_ si pemikul *Amanah Muhammad SAW* daripada Allah SWT.
(continue) Dan nama _Dzat Ketuhanan-Nya_ adalah Allah.
Dialah Allah dan Dialah satu satunya yang "berstatus" TUHAN.
Selain dari Allah "Bukanlah Tuhan" yang boleh *insan* "Pertuhankan."
Jadi kufur dan jahil bila menyebutkan, "wujudnya Tuhan Tuhan patung yang disembah non-muslim" ..
Ini berlawanan dengan kalimah syahadah yang kita lafaskan dalam _ikrar setia_ kita dengan Tuhan ..Akuan kita pada Allah :
_Aku Naik Saksi bahawa .._
_"Tiada Tuhan (di Alam Maya ini) KECUALI (Tuhan yang bernama) ALLAH"_
...ataupun syahadah ringkasnya _*"Tiada Tuhan Selain Allah."*_
Patung, api, pokok, berhala yang disembah non muslim tu *bukan Tuhan* tapi "makhluk" dari ciptaan Tuhan yang *DIPERTUHANKAN OLEH MANUSIA, _tuhan olok olok_ padahal ia bukan Tuhan, tetapi patung patung dalam "status" Benda atau Makhluk* ..
Contoh Ayat :
_"Yang baik itu hanya daripada Allah "Tuhanku" .. Dan yang buruk itu adalah daripada diriku sendiri dengan izin Kehendak "Tuhanku" ia terjadi_
Note : _kita tak sebut : Engkaulah "Allahku"._
_Tapi ayat yang benar : Engkaulah Allah "Tuhanku"._
_Engkaulah Muhammad, Nabiku_
_Tapi tidak disebut : Engkaulah Muhammad, Rasulullahku_ ๐
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
_Jika Tampa ke-Tuhan-nan,_
_Allah tidak Wujud_
_Jika Tampa Allah, Tuhan juga tidak Wujud._
_Wujudnya Tuhan atas kerana Wujudnya Dzat-Nya Allah._
_Allah dan Tuhan adalah Satu Wujud._
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
_Satu dalam Beribu-ribu._
_Dan Beribu di dalam Satu._
_Ikan di dalam lautan_
_Lautan di dalam perut ikan_
_Kita 'berada' di dalam Allah_
_Allahpun berada di dalam kita_
_Air Lautan besar itulah perumpamaan Allah_
_Dan kitalah ikan-ikan-Nya yang mendiami di dalam Lautan Dzat-Nya yang Maha Besar._ ๐
➰๐ฑ☀๐๐ป☀๐ฑ➰
-๐ธTasawuf Asas๐ธ
No comments:
Post a Comment