Thursday, 5 January 2017

Nasrani Menyanjung 'Isa

لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم
Janganlah Kalian Menyanjungku Sebagaimana Nasrani Menyanjung 'Isa bin Maryam.

Hadith ini sering disalahfahami dan dijadikan dalil bagi sesetengah kaum Muslimin untuk melarang saudara mereka dari kaum Muslimin juga untuk memuji Baginda Nabi صلى الله عليه و آله  وصحبه  وسلم.Justeru tulisan ringkas ini adalah bertujuan memahamkan erti sebenar hadith ini.

Lafaz penuh hadith ini;

قال البخاري : حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ.
(Dengan sanad yang kami dapatkan dari guru-guru kami sehingga sampai kepada) Imam Al Bukhari berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Al Humaydi,telah mengkhabarkan kepada kami Sufyan,dia berkata aku mendengar Az Zuhri berkata, dikhabarkan kepadaku 'Ubaydillah bin 'Abdullah bin 'Abbas(dia) mendengar dari 'Umar رضي الله عنه berbicara di atas minbar,aku('Umar) telah mendengar Nabi صلى  الله عليه  وسلم bersabda;
"Janganlah kalian menyanjungku sebagaimana orang Nasrani menyanjung ('Isa) Ibn Maryam,kerana sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya,maka sebutkanlah aku ini Hamba Allah dan Utusan-Nya"

Takhrij ringkas hadith ini; Ia telah dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dalam Jami' beliau (Sahih Al Bukhari)

Al Allamah Dr Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al Maliki Al Hasani رحمه الله رحمة وسعة telah memberikan komentar serta menghuraikan hadith ini dengan menyatakan konteks larangan menyanjung dalam hadith ini adaah sanjungan yang berbentuk membawa kepda kesyirikan iaitu dengan meletakkan sifat sifat ketuhanan kepada Baginda.

Beliau juga menyatakan, sanjungan Nasrani kepada Nabi 'Isa عليه السلام adalah seperti mana yang disebutkan di dalam Al Qur'an ;

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ...

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam... (Al Maaidah, 72)

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri... (At Taubah, 30)

Iaitu mereka,Kaum Yahudi dan Nasrani memuji Nabi 'Isa dan ',Uzair  secara berlebihan sehingga ke suatu tahap,mengangkat keduanya sehingga ke kedudukan anak kepada Allah! Maha Suci Allah dari mempunyai anak dan diperanakkan!

Inilah kefahaman sebenar yang dikehendaki dari hadith ini dan bukanlah bermaksud memuji Baginda suatu perbuatan terlarang.
والله أعلم

Rujukan;

المدح النبي : بين الغلو و الإنصاف
العلامة الدكتور سيد محمد بن سيد علوي المالكي الحسني المكي رحمه الله رحمة HQ


✅✅✅✅
_hadis ini tidak boleh salafi-wahabi gunapakai untuk mensyirikkan dan membidaahkan amalan maulid Sunni.._

_Yang tak boleh, adalah pada tahap aqidah mendewa dewakan Rasulullah hingga sampai tahap membuat patung disembah sembah dipuja puja sebagai mana Syiah memuja saidinar Ali dan Husein ._

_Kita dalam Sunni, kita  memuliakan Baginda SAW atas faktor Cinta seperti mana Allah mencintai Kekasih-Nya Nabi SAW. Malah jatuh wajib mencintai Baginda sebagaimana perintah Allah dan Baginda sendiri sebagai pembuktian kesempurnaan iman seseorang muslim._

_Status keimanan kita boleh diragui Allah jika *"kurangnya rasa kasih pada Baginda SAW"*_

_Tanya pada 10 orang rakan Salafi/Wahabi tuan tuan atau tanya pada diri tuan tuan yang berfahaman Salafi, sejak mereka jaga tidur sudah berapa ratus selawat Nabi yang dah dibaca mereka di luar solat? Tah tah tiada langsung! Padahal tidakkah memperbanyakkan "Selawat" itu adalah amalan yang dituntut Allah dan Rasul?_

_Jadi dimanakah yang dikatakan bahawa *Kesalafian* Sahabat Salafi tu sangat sangat menjunjung amalan sunnah?? Selawat 100 kalipun *tidak mampu?* (sangat memalukan yang dikatakan sebagai pembela ajaran sunnah)._

_Tapi cuba tuan tuan tanya pula pada sahabat sunni terutama ahli Tasawwuf dan Tarekat yang dilabelkan sebagai "Ahlul Bidaah" Sesat tu? .. dalam sehari berapa ribu selawat yang mereka baca?_

_Jadi baru tahu siapakah pendokong ajaran sunnah yang sebenar? Golongan yang buat maulid tu ka? Atau yang anti maulid Nabi tu ka?_

_Maulid bukan mendewa dewakan Rasulullah hingga menyisihkan Allah "ketepi", tapi ia sekadar terjemahan rasa cinta umat sunni pada Baginda SAW, lalu mereka sambut maulid bagi "upgraded" maqam kecintaan mereka pada baginda SAW setiap tahun hingga sampai level tertinggi dalam mencintai Allah dan Rasulullah._

_Memuliakan Baginda, dengan "Mendewa-dewakan" Baginda, adalah 2 hal yang berbeza._

_Bila kita lihat seorang suami sambut "harijadi" isterinya, tak pula kita tuduh dia dah *"mendewa dewakan 'perempuan' & syirik?*.. Tapi bila sambut maulid, kita tuduh dia Syirik pada Allah"? Bidaah?_

_Kalau sambut "Harijadi Rasulullah" itupun bidaah, maka bagitahu pada anak isteri bahawa sambut hari jadi siap potong kek macam Yahudi tupun haram bidaah sesat syirik, sebab Nabi dan para Sahabat tak pernah buat, malah ia adalah "Penyerupaan" meniru amalan Kristian._

_Maulidpun tak payah sambut, selawatpun tak payah buat, sambut harijadi meniru Kristian tupun tak payah buat, Speaker, power amplifier dlm masjid semua buang luar sebab semuanya "bidaah" dlm agama._

_Jangan kamu bawa "Bidaah" dlm masjid, semua lampu perhiasan mewah dan ayat ayat suci yang di gantung dlm masjid tu, buang semua sebab bidaah dan pakai lilin ja macam dlm gereja lama._😢🌹

No comments:

Post a Comment