API NERAKA vs CAHAYA MUKMIN
Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: Sesungguhnya api neraka akan berkata kepada orang-orang yang beriman; "Lekaslah kamu pergi wahai orang-orang mukmin, kerana cahayamu akan memadamkan apiku.”
Bukankah cahaya si Mukmin yang memadamkan api neraka itu serupa dengan cahaya yang terdapat padanya di dunia ini dan yang membezakan orang-orang yang taat kepada Allah dengan orang-orang yang derhaka kepadaNya?
Biarkanlah cahaya itu memadamkan api bencana, dan biarkanlah kesabaranmu terhadap Tuhan itu memadamkan hawa panas yang hendak menguasai kamu.
Sebenarnya, bencana yang datang kepada kamu itu bukannya akan menghancurkan kamu, melainkan sebenarnya adalah untuk menguji kamu, mengesahkan kesempurnaan iman kamu, menguatkan dasar kepercayaan kamu, dan memberikan khabar baik ke dalam batinmu.
Allah S.W.T. berfirman, “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Q.S. 47:31)
No comments:
Post a Comment