Sunday, 8 January 2017

UJI

Allah bagi harta pada kita BUKAN tanda kita PANDAI berniaga ATAU Allah SAYANG pd kita; Tetapi Allah hendak UJI samaada kita SYUKUR atau KUFUR akan nikmat yg Allah beri.

Jadi bila biznes kita maju kita jgn jadi mcm FIRAUN yg angkuh walaupun kita x ckp mcm Firaun ckp "Ana rob bokumul 'aqla" - "akulah tuhan mu yg maha tinggi"; tetapi dari segi perangai Firaun tu tetap masih ada.....apa dia...iaitulah sombong... kerana kita berharta atau kita sibuk dgn biznes kita (walaupun x banyak mcm fieaun) yg esok atau lusa Allah boleh tarik balik nikmat tersebut.

Cuba kita susah tengok mcmana pula keadaan diri kita? Nak rasa sombong pun x boleh sbb TAK DAK APA NAK BERLAGAK sekadar naik "CAPCAI" saja berbanding dgn yg ada harta,  projek atau banyak tender2 yg mendatangkan DUIT! Memang inilah SIFAT mana2 manusia bila dpt harta.

Dulu masa susah2 senang diajak, senang berkawan, segala2nya mudah ttp bila mula senang perangai pun berubah dan segala2nya dah mula susah sbb dok BANGGAKAN kesenangan yg ada pada dirinya.

Kenapa perangai Firaun Allah simpan dlm Quran.....kerana Allah nak bagi kita ingat CONTOH manusia yg angkuh dan kufur nikmat dah terjadi bila ada harta atau kalau zaman la ni bizness maju lah.

Allah bagi projek atau biznes maju sbb nak UJI kita. Allah nak tengok bila kita sibuk kita ada masa dak nak ingat kat DIA. ATAU bertambahnya sombong kita bukan sahaja pada Allah tetapi juga pada manusia2 yg lain.

Kena ingat banyak2 HARTA ni "bala" atau "musibah" BUKANNYA "nikmat" kerana dalam harta tu ada API dan di SISI atau ditepi2 harta tu di kelilingi Iblis,  syaitan dan nafsu dan yg paling menakutkan ialah LUPA PADA ALLAH TUHAN YG MEMBERI HARTA ITU. Sbb itu harta itu tidak DI PUJI ttp DI KEJI jika TERPEdayA dgnnya.

Harta MELALaikaN, menjauhkan kita dari amal soleh, takat solat boleh la buat lagi...tp amal yg lain bagaimana?

QORUN dibinasakan sebab apa, sebab harta sdgkan asal Qorun utu ahli IBADAH.

Sebab itulah kena paham baik2 bila Allah X NAK (tak kasihkan) kat kita atau Allah nak palingkan wajah-Nya dari kita maka di SIBUKKAN kita dgn harta dunia (biznes maju) hingga kita akan berckp "aku tengah sibuk sangat ni, hampa buat/jalan la dulu"; hingga lupalah amal2 soleh krn (nikmat) MASA utk beramal itu Allah tarik dan BERI pada "SIBUK" supaya kita jadi LALAI & LEKA; supaya kita boleh bagi alasan SIBUK atau MELARIKAN diri dari amal2 soleh termasuklah solat, berdakwah, menghadhiri majlis2 ilmu dan pengajian dsbnya.

Itulah FITNAH DUNIA & FITNAH AMAL.

Harta melupakan kita pada TUAN yg memberi. Drp soleh Allah gantikan dgn jahat, sombong, ria dan angkuh sebagai lambang pakaian kejahatan.

Harta melupakan kita pada amal soleh.

Harta menjauhkan kita pada kasihkan Allah dan rasul-Nya.

Sepatutnya bila Allah beri kita good biznes kita kenalah LEBIH KASIH kepada-Nya bukan MELARIKAN diri kita daripada-Nya.

Makna "melarikan diri drpd-Nya" ialah tidak MENDOKONG amal soleh,  berdakwah, membantu fakir & miskin, kuat semangat utk mengaji sbb nak sangat2 KENAL Tuhan yg bagi kita biznes dan harta yg melimpah ruah; maka itulah namanya menjauhkan diri daripada Tuhan Maha Pemberi.

Maka siapakah yg RUGI, Allah atau kita?

Sebelum terlambat,  perangai Firaun JGN ambik dan ubah perangai. Ingat balik sapa bawa mai Islam kat kita; sapa yg bawa IMAN kat kita....sapa lagi kalau bukan Nabi Muhammed saw. Maka kita baliklah kpd Allah dan ikutlah akan sunnahNya Nabi saw.

Kena belajar jadi wara' dan zuhud dan jgn kekalkan sombong, bongkak dan ria.

Berapa ramai manusia Allah musnahkan ketika mereka sdg seronok dgn harta dan biznes mereka....ada yg dicabut nyawa ketika memandu; ada yg diLUMpoHKan dgn sakit, ada dibelah jantong mereka & ada pelbagai cara Allah CABUT nikmat-Nya balik kerana keangkuhan dan kesombongan manusia yg TERTIPU dan TERPEDAYA dgn HARTA; sdgkan harta itu membinasakan jika manusia menguruskannya dgn JAHIL (maknanya tanpa Iman).

Iman bukan dtg kat kita ketika kita BERSENANG2 dgn harta dan biznes kita.

Iman kena cari pada amal soleh, kena ngaji ilmu akhirat, kena berjumpa dgn alim ulama.....lagi kita JAUH dari alim ulama lagi jauhlah kita dgn Allah kerana ULAMA ITU PEWARIS NABI.

Iman x da pd org kafir atau kwn2 kita yg X bersolat atau pada medan projek atau biznes kita.....malahan disitu lebih maksiat drp pahala.....dgn x solatnya.....mcm mana nak berkat...... astaghfirullah....

Iman berada di tempat yg RAMAI MANUSIA tiDaK sukakannya....
- di masjid2,
- di tempat2 KULIAH ILMU,
- di pembacaan Al-Quran,
- di ketika kita sdg BERZIKIR kpd Allah....- - di ketika kita sdg rukuk dan sujud,
- diketika bersama org2 beribadah.
- diketika bersama dgn org2 alim....berbicara soal akhirat dan seumpamanya!

Apakah kita suka tempat2 tersebut? Itulah IMAN; kerana IMAN tidak spt KUFUR kerana KUFUR berada..- ditempat2 maksiat
- tmpt2 bergelak ketawa,
- tmpt2 bicara soal dunia dan biznes,
- ditmpt2 pasar atau hypermarket,
- di kedai2 kopi,
- di hati org yg tidak mahu kpd Allah dan cuba menjauhi drp Allah.

Jgn bersalah anggap kononnya dgn projek dunia kita sudah beriman!

Projek biznes adalah MEDAN UJIAN KEIMANAN samaada kita syukur atau kufur.

Jika syukur kita jadi semakin TAAT dan semakin hampir dgn Allah; hampir dan berada di setiap ACARA IBADAT yg MENGINGATINYA; selalu berasa takut padaNya dan dlm hati sentiasa nak buat kebaikan.

Jika kufur, kita semakin jauh dari Allah.....kita hanya mampu bercakap soal Islam di bibir mulut - Islam sana Islam sini - walhal/sdgkan kita lah yg menjauhkan diri kita drpdNya. Seolah2 Islam itu hanyalah bercakap sahaja - sdgkan Islam itu berada pada AMAL. Jgn jadi sifat munafiq hanya bercakap pasal Islam ttp TIDAK BUAT.

Berapa ramai org KAPIR berkata "kami BERIMAN" walhal mereka kufur kpd Allah kerana mereka melarikan diri dari Allah (maknanya mereka tidak beribadat kpdNya) kerana sibuk MELAYAN UJIAN Allah iaitu kasihkan dunia dan iSI2nya.

Kita mohon berlindung kpd Allah drp menjadi sebahagian daripada ZURIAT2 FIRAUN kerna jika kita berterusan bersahabat dgn keturunan firaun ini maka sudah pastilah benih firaun itu akan KEKAL BERSEMADI dalam JIWA & JASAD kita.

Demikianlah berlakunya kpd manusia akhir zaman krn FITNAH ini amatlah hebat. Jadi berusahalah utk KEMBALI kpd Tuhan YG Maha Agung kerana Dia yg mencipta kita manusia;  dan kita pun tahu walaupun sebahagian kita TAK PANDAI AGAMA tetapi kenalah PERCAYA bahawa ALLAH itulah Tuhan yg kita sembah.

SEMOGA MENJADI PANDUAN.

No comments:

Post a Comment