Friday, 6 January 2017

ber guru

Al fatihah buat pok mezoh

Pok mezoh adalah seorang ahli abed yang berumur lebih kurang 100 tahun saat kematiannya 9.30 am 6/1/2017 hari jumaat

Pok mezoh mempunyai pertalian yang rapat dengan  tokku paloh kerana nenek pok mezoh merupakan ibu susuan kepada tokku paloh,kata pok mezoh semasa kematian tokku paloh beliau masih kecil lingkungan 5/6 tahun

Berguru dengan tok wali haji mad rusila

Salah seorang murid kanan tokku paloh selepas hj abdul rahman limbong adalah haji mad rusila,beliau merupakan wali Allah yang sangat masyur dan merupakan datok saudara kepada tuan guru haji abdul hadi awang.kata pok mezoh haji mad rusila pernah bagitau kepadanya bahawa cucuya yang bernama abdul hadi ini akan jadi ulama besar suatu hari nanti.kata pok mezoh hj mad rusila pernah ajaknya mengambil madu di pulau kapas.bila sampai di bawah pokok yang ada sarang lebah.di tepuknya 3kali di pokok tersebut maka madu lebah turun dengan sendiri ke dalam tin yg diletak kat bawah.dan bnyk lagi kisah yang diceritakan oleh pok mezoh akan gurunya itu

Pok mezoh sangat istiqomah di dalam perjuangan.beliau sentiasa mengayuh basikal tua nya untuk azan di surau seterusnya solat berjemaah 5 waktu dan menadah ilmu di surau

Semoga pok mezoh tenang di sana

Al fatihah

No comments:

Post a Comment