Thursday 10 September 2015

Zikir


Fadhilat Selawat Setelah Asar Hari Jumu'ah Sunnah Muakkad

" Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Saidatina Fatima Az Zahra tidak pernah keluar daripada Musolla (tempat solat) nya sehingga Maghrib setiap lepas asar hari Jumu'ah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, Barangsiapa yang berselawat kepada aku sebanyak 80 Kali selepas Asar Hari Jumu'ah, Allah سبحانه وتعالى akan masukkan dia kemana mana Pintu Syurga yang dia nak.

Berkata Al Imam Ahmad Bin Hanbal,apabila kamu dengar tentang Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ،maka amal lah dengannya walaupun sekali seumur hidup"

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم تسليما

-Murobbi -
PERUMPAMAAN ORANG-ORANG YANG  BERZIKIR KEPADA ALLAH TA'ALA ITU ADALAH UMPAMA ORANG YANG HIDUP SEDANGKAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERZIKIR KEPADA ALLAH ITU ADALAH ORANG YANG MATI

ZIKIRULLAH INI TIDAK TERBATAS HANYA DENGAN DISEBUTKAN BERZIKIR MENGUCAPKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL DAN TAKBIR SAHAJA AKAN TETAPI APA SAHAJA YANG MEMBAWA KEPADA MENGINGATI KEPADA ALLAH TA'ALA ITU ADALAH ZIKIRULLAH

SEMOGA ALLAH MENGHIDUPKAN HATI KITA SEMUA UNTUK SENTIASA MENGINGATI-NYA DI SAAT KITA DIBERIKAN NIKMAT DAN KETIKA MANA KITA DIUJI DENGAN UJIAN DAN MUSIBAH YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH TA'ALA

Hendaklah setiap daripada kita mengambil bahagian berzikir kepada Allah سبحانه  وتعالى kerana Nabi ﷺ memberikan perumpamaan bagi orang-orang yang berzikir kepada Allah itu adalah umpama orang yang hidup sedangkan orang-orang yang tidak berzikir kepada Allah itu adalah orang yang mati.

Kemanfaatan,kebaikan kehidupan adalah bagi yang hidup.Seperti itulah bagi orang yang berzikir ianya akan mendapatkan manfaat,kebaikan,
kelebihan.Akan tetapi bagi orang yang tidak berzikir ianya tidak akan mendapatkan manfaat,kebaikan dan kelebihan sepertimana orang yang mati.

Jangan kamu menyangka berzikir kepada Allah itu kamu hanya memegang tasbih sahaja dan kamu berzikir kepada Allah mengucapkan tasbih,tahmid,tahlil dan takbir sahaja.Ibnu Hajar Al-Asqalani Rahimahullah mengatakan "Seluruh anggota tubuh manusia ini mesti ada bahagian dalam berzikir kepada Allah sehingga ianya membawa kepada seseorang itu kepada kebaikan dan kedekatan diri kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Sepertimana kamu melihat kepada Kaabah,kamu melihat Orang Alim,kamu melihat kepada Masjid,kamu melihat kepada perkara yang mendatangkan kebaikan itu adalah merupakan zikir mata.Begitu juga apabila kamu menangis kerana takut kepada Allah itu juga adalah zikir mata.Manakala dengan bersedekah,memberi bantuan dan pertolongan kepada orang lain itu merupakan zikir tangan.

Dan berjalan menuju ke tempat ibadah,berjihad di jalan Allah,menziarahi kepada saudara kamu dan sebagainya itu merupakan zikir kaki.Manakala takut kepada Allah,khusyuk dan menghambakan diri kepada Allah سبحانه  وتعالى ini adalah zikir hati.

Begitu juga dengan mendengar bacaan Al-Quran,mendengar ilmu,mendengar perkara-perkara kebaikan,mendengar azan,mendengar kepada yang mengingatkan kepada Allah itu adalah zikir kepada telinga."

Zikirullah ini tidak terbatas hanya dengan disebutkan berzikir mengucapkan tasbih,tahmid,tahlil dan takbir sahaja.Akan tetapi apa sahaja yang membawa kamu mengingati kepada Allah سبحانه  وتعالى itu adalah zikirullah.

Oleh kerana itulah mereka yang sentiasa bergerak melakukan kebaikan-kebaikan kepada Allah   سبحانه  وتعالى yang mana mereka menggunakan anggota tubuh badannya itu baik itu dengan tangannya dengan kakinya dengan pendengarannya dengan hatinya.

Yang ianya semua adalah merupakan zikirullah dan perbuatan yang baik yang membawa seseorang itu menuju kepada Allah  سبحانه  وتعالى.

#MutiaraKata[ABUYA SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD AL-MALIKI AL-HASANI HAFIDZOHULLAH yang diterjemahkan oleh AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#IngatlahAllahSentiasa
#ManfaatkanSgalaKemudahanYangKitaMilikiHariIniUntukMembawaDiriKitaDekatKepadaAllahMenujuKepadaNya
#OrangYangHidupAdalahOrangYangSentiasaMengingatiKepadaAllah
#SemogaKitaMenjadiOrangOrangYangHatinyaSentiasaHidupMengingatiKepadaAllahBaikKetikaSenangMahupunSusah
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#PeringatanBuatDiriSendiriSecaraKhususnyaDanBersamaSecaraUmumnya
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMemberikanManfaatKepadaKitaSemua

No comments:

Post a Comment