Friday 18 September 2015

Tampar


Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebeleum pasukan keselamatan tampil mengheretvlelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.
Astaghfirullah 😱Kenapa?
Arab tampar imam masjid negara

No comments:

Post a Comment