Saturday 26 September 2015

Tazkirah &mina


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.
Ketuhanan Allah s.w.t dan kerasulan Muhammad s.a.w tidak dipisahkan. Rasul Allah adalah umpama jambatan yang menghubungkan segala sesuatu dengan Allah s.w.t. Bagaimana mahu sampai kepada Allah s.w.t jika tidak melalui jambatan-Nya. Apa juga usaha dan jalan yang diambil untuk pergi kepada Allah s.w.t, tidak akan berhasil jika tidak diikuti jalan Rasul Allah. Bahkan bolehlah dikatakan Allah s.w.t tidak mungkin ditemui jika Rasul-Nya tidak ditemui. Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah. Semua nabi-nabi sejak Nabi Adam a.s menyaksikan bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah. Tidak ada kenabian tanpa nur Kenabian Muhammad s.a.w. Tiada syuhud (penyaksian) tanpa syuhud terhadap nur Kebenaran Muhammad s.a.w. Tidak akan sampai kepada Hakikat Allah s.w.t tanpa fana di dalam Hakikat Muhammad s.a.w. Tiada makrifatullah tanpa makrifat Muhammad s.a.w. Begitulah hukum hakikat dan makrifat. Penyaksian ketuhanan Allah s.w.t dan penyaksian kerasulan Muhammad s.a.w tidak boleh bercerai tanggal.

“Nur Illahi adalah hakikat Ilmu Ketuhanan yang mendekatkan hamba dengan Tuhannya. Apabila Nur Illahi telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya, maka diletakkan nur itu di dalam hati hamba itu. Dengan demikian, rahsia yang merupakan hal-hal yang tersembunyi antara makhluk dan Allah masuk ke hati hamba dengan semua perasaan kepada kelapangan melihat kebesaran Allah dan keagunganNya, sehingga hilanglah dari penglihatannya pandangan kepada selain Allah.”


بسم الله الر حمن الر حيم
Kiranya aku disuruh taat, maka aku mentaati. Kiranya aku disuruh ingkar, maka aku mengingkari. Sungguhku mengerti keseluruhan aku itu tidak terkecuali di dalam genggaman Tuhanku.


Tidakkah engkau perhatikan. Seorang demi seorang, orang-orang yang engkau cinta telah tiada di hadapan mata!

Tahun demi tahun, rumahmu sunyi, hari rayamu semakin sepi tanpa mereka!

Satu per satu mereka kembali menemui Tuhannya!

Belum lagikah waktunya, engkau dan aku kembali kepada-Nya sementara hembusan nafas ini masih beredar, pandangan mata ini masih bercahaya, jantung ini masih berdetak!



بسم الله الر حمن الر حيم
Layarilah kehidupan kita dengan penuh tabah dan gagah. Tiada musuh mampu menggentarkan kita, tiada badai mampu menenggelamkan kita, dan tiada taufan mampu merobohkan kita.

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya jua kita kembali.


Bala ujian adalah pemberian Tuhan untuk mendekatkanmu kepada-Nya dan mengangkatmu ke sisi-Nya!

Tiada lain bala ujian itu adalah Allah hendak kamu balik kepada-Nya!


Untuk saudaraku di Mina,

Kematian adalah pintu menemui Tuhan!

Berbahagialah siapa yang di saat hembusan nafasnya masih beredar, mencintai dan merindui Tuhannya!

Habis segala lelah, terlepas segala bebanan. Tercapai segala cita. Bertemu sudah dengan maksud!


No comments:

Post a Comment