Thursday 17 September 2015

Tasawuf


Tak mudah hati menyebut Allah sebagaimana mudah lidah menyebutnya!
Taat, ibadah dan wirid, kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua!

Berpeganglah kepada Allah dan berusaha itu sebagai perintah-Nya!

Allah maha pemurah, Dia maha mengetahui keadaan hamba-Nya bagaimana!

Dia jadikan ibadah dan wirid pelbagai cara, atas kitalah hendak melaksanakan yang mana serasi dengan jiwa!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Ahli zikrullah mati dalam mengingati Allah dan ahli dunia mati mati dalam angan-angan selain Allah.

Ingatlah! Mati datang tiba-tiba, waspadalah!

Tiada seorang raja-raja dunia pun yg tertinggalkan daripada kematian.

Wahai ahli dunia! Tiada sesuatu apa pun yg engkau rebut daripada dunia ini yg dapat dibawa pulang melainkan tauhid dan ketaatanmu kepada Allah.

Aku melihat ramai manusia yg tertipu dengan kehidupan dunia yg sementara, sehingga mereka menyesal selepas mati.

Ingatlah! Bahawasanya kehidupan yg sebenar itu adalah kehidupan diakhirat.

Insaflah wahai manusia yg diberi petunjuk oleh Allah.

Semoga engkau dan aku selamat pulang kenegeri akhirat dengan rahmat da keampunan Allah.

Wassalam

- KALAM QADIM

No comments:

Post a Comment