Wednesday 16 September 2015

Tasawuf- kalam tazkirah


[10:15PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Ahli zikir mati dlm ingat Allah
[10:15PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Ahli dunia mati dlm angan2
[10:15PM, 1 6/09/2015] KALAM QADIM: Mati mari tiba2
[10:15PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Waspadalah
[10:16PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Tiada seorg raja2 dunia pun yg tertiggal drp kematian
[10:16PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Wahai ahli dunia
[10:17PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Tiada apa pun yg engkau rebut drp dunia dpt dibawa pulang
[10:17PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Melainkan tauhid dan ketaata mu kpd Allah
[10:18PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Aku melihat ramai manusia yg tertipu dgn kehidupan dunia yg sementara
[10:19PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Sehingga mereka menyesal setelah mati
[10:19PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Ingatlah, bahawa kehidupan yg sebenar adalah kehidupan akhirat
[10:20PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Insaflah wahai manusia yg diberi petunjuk oleh Allah
[10:21PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Semoga engkau dan aku selamat pulang kenegeri akhirat dgn rahmat dn keampunan Allah
[10:21PM, 16/09/2015] KALAM QADIM: Wassalam


🌹🌹   Sehari SATU Hadith   🌹🌹
                  HADITH KE 459


وعن أبي  هريرة رضي اللَّه عنه عن النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال :
« سبْعَةٌ يُظِلُّهُم اللَّه في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ : إِمامٌ عادِلٌ ، وَشَابٌ نَشَأَ في عِبَادَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجلَّ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مَعلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ورَجُلان تَحَابَّا في اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، ورَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فقال : إِنِّي أَخافُ اللَّه ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ، فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ ما تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ »
( متفقٌ عليه )

Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi S.A.W. sabdanya :
" Ada tujuh macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada Hari Tiada Naungan melainkan naunganNya (yakni pada hari kiamat), iaitu :
Imam(pemimpin atau ketua) yang adil,
Pemuda yang tumbuh(sejak kecil) dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla,
Seseorang yang hatinya tergantung(sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid,
Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah,
Kedua mereka berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula,
Seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata : " Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah " (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang Ielaki),
Seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyika amalannya itu (tidak menunjuk-nunjukkannya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan
Seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu meleleh airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

#CintaRasulInternationalCommunity

🍃MalaysiaCintaRasul🍃
🍂NusantaraCintaRasul🍂
  🍃BruneiCintaRasul🍃
🍂SingapuraCintaRasul🍂
🍃ChampariaCintaRasul🍃
    🍂TaiwanCintaRasul🍂
www.hartawanislam.com/AKASHAGOGOLD


"sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum Mukminin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga"

- At-Taubah:111

Orang yg telah mendapat akuan Allah, maka ia tiada berubah dalam puji dan cela!

No comments:

Post a Comment