Saturday 26 September 2015

Tasawuf&korban


"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

- Al-Kahfi:14

Nafikanlah segala sesuatu selain Allah pada alam ini dan hanya Allah Yg Wujud Hakiki!


Tidak mencintai Tuhan siapa yang tidak dapat mengingati-Nya!

Tidakkah engkau perhati, orang yang mencintai seseorang akan mabuk dengan yang dicintainya!


Bulatkan tujuanmu kpd Allah, Ingatlah Allah sehingga engkau lupa selain Allah,
Sehingga Allah Sendiri menyatakan DiriNya kpdmu,
Itulah perkenalan yg hakiki,
Yg tiada syak dn ragu2 lagi,
Dan ketika itu engkau hidup bersama Allah,
Engkau buta dgn selain Allah, Engkau hanya memandang Allah,
Tiada yg wujud didalam alam ini selain Allah,
Setelah engkau mencapai fana drp selain Allah,
Engkau kekal dgn Allah,
Dalam suka dn duka, Dalam segala hal ehwalmu, Siang dan malam,
Tiada kesudahan selama-lamanya,
Drp dunia hingga akhirat,semoga Allah memimpinmu kpdNya...Wassalam


Orang yg mengambil sanad daripada Allah adalah guru yg sebenar yg wasil dan kesemua para Nabi dan Wali mengambil pangkat langsung daripada Allah.

Orang yg mendakwa mengambil pangkat daripada selain Allah adalah belum wasil.
Wasil atau wusul artinya sampai kepada hakkul-yakin iaitu makrifatullah yg sebenar, kenal Allah dengan Allah.

Ikutilah jalan orang-orang yg kembali kepada Allah iaitu jalan orang-orang yg telah sampai kepada Allah dengan Allah, akan makrifatullah yg sebenar lagi sempurna.


Termasuk perbendaharaan Arasy ialah menyembunyikan kesusahan.

- Sabda Rasulullah S.A.W

Wahai hambaKU! Serahkanlah dirimu dalam tadbirKU, rehatkanlah akalmu dalam takdirKU dan janganlah engkau syak kepada kehendakKU atas segala sesuatu yg terzahir dan keghaiban....

- KALAM AL-HAQ

Bila hatimu terisi dengan cinta-Nya, lahirlah darimu akhlak yang mulia yang mengutamakan Tuhan dan meraikan manusia!


Nafsu mengalahkan ilmu dan akalmu.
Jika engkau tidak malu, maka hiduplah sesuka engkau.
Malu itu daripada iman.
Orang yg malu kepada Allah, nescaya ia akan malu kepada manusia.
Agama itu adalah cabang akhlak.
Orang yg kuat agamanya, maka baik akhlaknya.
Setinggi-tinggi akhlah itu adalah malu kepada Allah.
Seseorang itu adalah mengikut agama sahabatnya.
Sebaik-baik sahabatmu ialah orang yg menyedarkan engkau kepada Allah dan negeri akhirat.
Carilah bekal untuk mati, dan sebaik-baik bekal itu adalah takut dan malu kepada Allah.
Siapa yg bersungguh-sungguh mencari jalan menuju kepada Allah, maka Allah akan memimpin dia kepadaNya.

Aku yg tiada didalam diriku.

- KALAM QADIM

Sucikan hatimu, luruskan lidahmu. Penuhkan hatimu dengan nama-Nya yang agung!


Wahai hambaKU! Korbankanlah segala sesuatu untukKU, nescaya engkau akan mendapatKU dan berada disisi ZatKU Yg tidak berhajat kepada segala sesuatu, AKU Zat(Tuhan) Yg Maha Kuasa dan Maha Esa....

- KALAM AL-HAQ

No comments:

Post a Comment