Tuesday 15 September 2015

Tazkirah&zina


Dan jangan sampai hati kamu dikuasai oleh belas-kasihan terhadap keduanya( iaitu lelaki dan perempuan yg berzina itu) dalam menjalankan hukum Allah.

- An-Nur:2
Wahai hambaKU! Lihatlah AKU disebalik makhluk-makhlukKU, maka AKU-lah yg  berkehendak dan yg berbuat bukan mereka....


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Telah berkata IMAM GHAZALI RH ...dalam kitab Tanbiihul Ghoofiliin tentang :
Sesiapa  sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:
1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.
3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.
4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.
Cuba kita renungkanlah dengan siapa kita  bersahabat......???☺

wahai hamba ALLAH,kembali lah kepda tuhanmu dengn penyerahan diri sepenuhnya kepdaNYA, taatilah segala perintahNYA dan jauhilah segala larangnNYA.,bagaimana kamu akn mendapat bahagia tatkala kamu selalu melanggar perintahNYA sedgkan kebahagiaan itu adalah dari kurniaanNYA,bagaimana kamu ingin selalu mendapat pertolongnNYA sedgkan kamu selalu mengendahkan suruhanNYA,wahai hamba...sampai bila kamu akan terus begini dan tidak mahu benar2 kembali kepada tuhanmu,adakah apabila kamu telah melihat api neraka kelak,baru kamu akan mnyesal...ketika tu sudah tidak berguna lagi,begitu lah yg di gambarkan di dalam alquran di dalam surah as sajdah...apakah kamu tidak melihat kehidupanmu yg semakin kucar kacir,di uji dengn berbagai2 ujian yg tidak habis dan ssbagainya..kehidupanmu penuh dengn onak dan duri dan jarg sekali hati mu berasa teng dan damai,sebenarnya tu lah tanda jauhnya dirimu dari tuhanmu,berbagai peringatan yg diberikan kepdamu supaya kamu kembali kepdaNYA tapi kamu tidak mengendahkannya dek kerana kelalaian dan butanya mata hati kamu....tuhanmu memanggilmu berkali2 dengn ujian dan musibah di dalam kehidupanmu tetapi kamu tetap lalai dengn duia dan nafsumu....


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Tazkirah :

KEUTAMAAN BERAMAL DI SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ_رَضِيَ اللهُ عنهماُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: (مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ، [يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ]. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ: وَلاَ الْجِهَادُ في سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ في سَبِيلِ اللَّهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ) رواه أبو داود، والترمذي.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Abbas رضي اللّه عنهما melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Tiadalah hari yang amal soleh yang dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah melebihi hari-hari in (yakni sepuluh awal Zulhijjah)." Para Sahabat bertanya: Hatta berjihad pada jalan Allah. Jawab baginda: "Hatta berjihad pada jalan Allah kecuali situasi seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya kemudian ia pulang (ke pangkuan keluarga) tanpa kedua-duanya (kerana telah gugur syahid)." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi)

PENGAJARAN
1. Bermula 1 Zulhijjah selain daripada  menunggu hari wuquf di Arafah (pada 9 Zulhijjah bagi jemaah Haji), umat Islam turut digalakkan untuk memperbanyakkan pelbagai amal kebajikan kerana pahalanya adalah sangat besar berbanding pada waktu yang lain.

2. Amal soleh yang boleh dilakukan termasuklah ibadah2 sunat seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah sunat, qiyamullail dll dan apa sahaja amalan yang boleh mendatangkan pahala seperti berziarah, menolong orang susah dan sebagainya.

3. Walaupun kita tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah Haji tetapi Allah Ta'ala dengan rahmatNya tetap mengurniakan peluang untuk meraih pahala berganda bersempena musim Haji.

Wallahuaklam...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment