TAUHID ZAT : MENGESAKAN
ALLAH TAALA PADA ZAT
ALLAH TAALA PADA ZAT
Mengesakan Allah Ta’ala pada zat adalah jalan yang terakhir dari perjalanan seorang salik. Di sinilah titik terakhir bagi arifbillah untuk menuju Allah dan di sinilah perhentian perjalanan kaum sufi dan para wali.
Dan di sinilah batas mi’rajnya orang-orang mukmin sejati. Apabila sudah mencapai kepada makam tauhidul zat itu, maka diperolehnya kelazatan dan kenikmatan yang tiada taranya.
Hanya dengan itulah yang dapat memuaskan dahaga jiwanya, menenangkan qalbunya, nikmat-nikmat yang tidak dapat diperoleh orang lainnya. Inilah puncak rasa menikmati redhanya: puncak kebahagiaan yang kekal dan abadi sepanjang masa.
Bermula kaifiat atau cara mengesakan Allah Ta’ala pada zatnya, iaitu: engkau pandang dengan mata hatimu dan curahkan seluruh perhatianmu itu semata-mata kepada Tuhan seru sekalian alam. Kerana sudah nyata kepada kita bahawa:
"TIADA YANG MAUJUD DALAM ALAM INI, KECUALI ALLAH. DAN TIADA MAUJUD YANG DALAM UJUD INI, HANYA ALLAH. TIADA/TIDAK DALAM JUBAH MELAINKAN ALLAH. DAN TIDAK ADA DI DALAM YANG ADA INI, KECUALI DIA."
Kerana sudah jelas bagi arifbillah, bahawa: AL HAQ ADA PADA NABI KITA MUHAMMAD S.A.W.
Kalau Al Haq ada pada nabi, demikianlah ada pada kita. Demikianlah hamba tambahkan supaya anda menjadi faham, dan supaya dapat melaksanakan tugas masing-masing.
Firman Allah Ta’ala: AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU. Ertinya insan itu rahasiaku dan aku pun rahasianya.
Dan lagi firmannya: AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRU WASIFATIN WA SIFATUN LAGOIRIH.
Ertinya insan itu rahasiaku, rahasiaku itu sifatku, dan sifatku itu tiada lain daripada aku jua.
Ertinya insan itu rahasiaku, rahasiaku itu sifatku, dan sifatku itu tiada lain daripada aku jua.
Jadi jelas kepada kita bahawa memang: LA MAUJUDA BIHAQQIN ILALLAH. Ertinya tiada yang maujud di dalam alam ini, melainkan Allah.
Demikian pegangan sekalian
Arifbillah dan Wali Allah.
Arifbillah dan Wali Allah.
No comments:
Post a Comment