Monday 24 July 2017

Contoh Yang Mudah

Contoh Yang Mudah
Gara-Gara "Direct Translation"
Sebagaimana dengan perihal Dunia, begitulah juga dengan perihal Akhirat.. Setiap ayat-ayat suci Al-Quran itu sendiri ada 4 terjemahan, iaitu dari sudut pandang Syariat, Tarekat, Hakikat, dan Makrifat.. Mazhab agama juga tidak terkecuali terbahagi kepada 4 pecahan, iaitu Maliki, Hanbali, Hanafi, dan Syafie..
Maka dari itu, kefahaman kita juga, tidak semestinya sama dengan kefahaman orang lain.. Namun, tidak pula bermakna orang lain itu salah, kerana tidak sefaham dengan kita.. Yang penting, berlapang dadalah sesama kita, dan janganlah cepat menghukum tanpa ilmu..
Hiduplah dengan perasaan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.. cintailah segala yang ada di langit dan di bumi.. Kerana sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allah Azzawa Jalla itu, amat terang lagi nyata pada setiap ciptaanNya, bagi kaum yang melihat..

No comments:

Post a Comment