Sunday 30 July 2017

RUKUN IMAN 1: BERIMAN KEPADA ALLAH

RUKUN IMAN 1: BERIMAN KEPADA ALLAH
__________ ___________ __________ __________
Di dalam Al-Quran, banyak sekali dijelaskan dan juga dikhabarkan, bahawa Allah Taala itu mempunyai tangan, kaki, wajah, dan juga kualiti-kualiti lain yang sama atau pun mirip seperti manusia..
Akan tetapi, ramai daripada ulamak-ulamak Fekah dan juga kaum Syariat yang buta mata hati telah menyeleweng dan mentafsirkan ayat Quran mengikut hawa nafsu dan akal yang cetek semata-mata..
Mereka menggambarkan tangan Allah sebagai simbol kekuatan dan juga kekuasaan, malahan wajah Allah pula sebagai suatu perumpamaan atau metafora bagi menggambarkan keindahan dan juga kewujudan Allah..
Lihat saja dalil-dalil di bawah ini;
-------------------- -------------------- --------------------
"Bahawasannya Allah mempunyai dua tangan tanpa perlu ditanyakan bagaimananya (kaifiyah-nya), sebagaimana firman-Nya: 'Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku', dan juga sebagaimana firman-Nya: 'Akan tetapi kedua tangan-Nya terbuka".
(Abu Hassan Al-Ashaari)
“Pada hari kiamat Allah mengumpulkan orang-orang mukmin. Lalu mereka berkata: 'Seandainya saja kita meminta syafaat kepada Rabb kita sehingga Dia bisa menjadikan kita merasa aman dari tempat kita sekarang ini?'. Kemudian mereka menemui Adam dan berkata: ‘Wahai Adam, bukankah engkau menyaksikan (keadaan) manusia? Allah telah menciptakanmu dengan tangan-Nya, menjadikan para malaikat sujud kepadamu, dan mengajarkan kepadamu nama-nama segala sesuatu. Oleh kerana itu, berikanlah syafaat kepada kami kepada Rabb-mu”.
(Anas bin Malik r.a.)
“Sesungguhnya Allah akan menggenggam bumi pada hari kiamat dan langit-langit berada di tangan kanan-Nya, lalu berfirman: ‘Aku adalah Raja”.
(Ibnu Umar r.a.)
“Tangan Allah selalu penuh, tidak kurang kerana memberi nafkah, dan selalu dermawan baik malam mahu pun siang".
(Abu Hurairah r.a.)
-------------------- -------------------- --------------------
Kata kaum syariat, mereka itulah yang paling beriman dengan Allah Taala, padahal merekalah golongan yang telah mendustakan ayat-ayat Allah dengan bertuhankan akal dan nafsu..
Mereka ini lebih teruk dan sesat dari haiwan liar dan binatang buas, kerana walaupun haiwan tidak mempunyai akal, selayaknya kerana mereka tidak diturunkan kitab sebagai petunjuk..
__________ ___________ ___________
Rukun iman yang pertama saja telah pun kamu tolak.. justeru, bagaimana status iman kamu? Inilah yang dikatakan iman SYOK SENDIRI

No comments:

Post a Comment