KEJUMUDAN DALAM BERDALIL
Kadangkala aku tidak faham, betapa sempitnya fikiran dan renungan Muslim.
Apabila aku tulis artikel sains, mesti ada yang cuba cipta teori sendiri untuk menyamakan kejadian sains dengan cerita dalam Quran. Kadang kala ada juga yang minta aku ulaskan teori sains itu dari sudut wahyu dan dari sudut Islam.
Fikiran begini semacam memperlihatkan kebenaran Tuhan itu hanyalah dari wahyu semata-mata.
Alam ini Tuhan yang cipta. Kalau manusia temui sesuatu, bermakna manusia temui sesuatu milik Tuhan jua.
Penemuan sains tidak memerlukan dakwaan daripada wahyu untuk memastikan penemuan itu datang dari Tuhan.
Barat jumpa sesuatu, ia milik Tuhan dan kembali kepada Tuhan. Sebab Alam ini milik Tuhan.
Alam ini macam adik beradik dengan Quran. Quran sudah ada kebenaran mutlak tentang sebahagian perkara. Selebihnya terletak pada tafsiran masing-masing.
Alam pun begitu. Sebahagiannya sudah ada kebenaran mutlak. Selebihnya terletak pada kajian yang tidak pasti sudah tamat atau belum, lalu akan menimbulkan pelbagai tafsiran.
Kedua-duanya menuju Tuhan jua.
Kalau sains dah sebut tentang entropi dan termodinamik, tidak perlu sanggah hukum tersebut dengan kisah pemuda kahfi. Seolah-olah macam nak sanggah Alam ini macam bukan dari Tuhan sampai memerlukan 'confirmation' daripada Quran.
Entropi dan termodinamik itu hukum Tuhan jua.
Kau renung kejadian alam memang tak ingat Tuhan ke? Memang kena kaitkan renungan kau dengan dalil ayat Quran baru boleh ingat?
No comments:
Post a Comment