Saturday 29 July 2017

ILMU MAKRIFAT YANG MURNI

ILMU MAKRIFAT YANG MURNI
HUKUMNYA WAJIB DITUNTUT
"Hadis Nabi: "Awaluddin Makrifatullah"
Hadis Nabi lagi: LAA SHAHUS SHALAT ILLA BIL MAKRIFAH, Ertinya: Tidak sah solat melainkan dengan mengenal Allah S.W.T.
Mempelajari Ilmu Makrifat, adalah sangat penting.
Ulama Tasauf menghukumkan:
* “Fardhu ‘Ain” untuk setiap mukallaf mempelajari atau menuntutnya secara “Ijmali” (Ringkas).
* “Fardhu Kifayah” mempelajarinya “secara Tafshili” (Terperinci).
Syekh Amin Al-Kurdi menegaskan:
“Ketahuilah, mengenal diri adalah suatu urusan yang penting untuk setiap peribadi. Kerana sesungguhnya siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia dapat mengenal Tuhannya. Iaitu mengenal dirinya yang hina, lemah, serta fana.
Dengan itu dia dapat mengenal Tuhannya yang bersifat mulia, berkuasa, dan kekal abadi.
Siapa yang jahil (tidak kenal) terhadap dirinya, bererti ia jahil pula terhadap Tuhannya.” (Tanw. Wulub; Halaman: 464).
Hampir semua Ulama Sufi dan Para Arifbillah sepakat bahawa “pada hakikatnya” tiada seorang pun yang bisa mengenal اَللّهُ , kecuali dengan اَللّهُ jua.
* “Orang yang makrifat kepada Allah dengan Dia, maka itulah dia Arif Hakiki.
* Orang yang makrifat kepada-Nya dengan dalil, dia adalah orang Ahli Kalam.
* Orang yang makrifat kepada-Nya dengan taklid/ikut saja, itulah orang awam/umum.”
Syeikh Dzun Nun Al-Mishry ditanya orang:
“Dengan apa anda mengenal Tuhanmu?"
Beliau menjawab: “Saya mengenal Tuhanku dengan Tuhanku jua, Tanpa Dia, tidak mungkin saya dapat mengenal Tuhanku.” (Risalatul-Qusyairiyah).
Sementara Ulama Ahluz-Zahir tidak sependapat dengan rumusan tersebut.
Oleh kerana itu sedikitnya ada tiga alasan kuat dari kalangan Ulama Ahli Sufi atas jawaban rumusan tersebut:
1. Pada awal kehadiran manusia di muka bumi, Nabi Adam a.s. membawa pengetahuan tentang اَللّهُ SWT dan tentang segala sesuatu, adalah kerana oleh اَللّهُ sendiri kepada beliau, yang sebelumnya beliau tidak mengerti apa-apa. اَللّهُ SWT berfirman:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٣١﴾
Ertinya : “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!" (Q.S. Al-Baqarah: 31)
2. Lahirnya seorang anak manusia dari perut Ibunya, sama sekali tidak punya pengetahuan apa-apa, seperti apa yang difirmankan oleh اَللّهُ SWT:
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٧٨﴾
Ertinya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.”
Tentang adanya dan tersedianya apa yang dinamakan watak, bakat, kepintaran, naluri, dan lain-lain, adalah “khalqiyah” (ciptaan) yang bukan perbuatan manusia itu sendiri. (Q.S. An-Nahl: 78)
3. Faktor keterbatasan manusia adalah suatu kenyataan yang tidak bisa dibantah oleh sesiapa pun. Apa mungkin manusia dalam keterbatasannya mampu mengenal اَللّهُ SWT
kalau bukan daripada pemberitahuan اَللّهُ SWT sendiri melalui para Rasul dan Kitab-kitabNya.
Banyak keterangan Hadis Rasulullah SAW, tentang ketidak tahuan manusia, antara lain:
"Semua kamu adalah sesat, kecuali orang yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku, maka Aku akan memberi petunjuk padamu."
"Hai hamba-Ku, semua kamu lapar dahaga, kecuali orang Aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, Aku akan memberi makan kepadamu."
"Hai hamba-Ku, semua kamu dalam keadaan telanjang bulat, kecuali orang yang Aku pakaikan pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, Aku akan memberi pakaian itu padamu."
"Hai hamba-Ku, kamu semua banyak berbuat salah sepanjang hari dan malam, dan Akulah yang memberi ampunan atas dosa-dosa itu semua, kecuali syirik, maka mintalah ampunan kepada-Ku, Aku akan ampuni kamu."
(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu ‘Uwanah,
Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)
Pengetahuan yang dimiliki manusia timbul dan berkembang disebabkan adanya keterpaduan antara faktor internal (unsur-unsur khalqiyah) dengan faktor external (alam dan hubungan manusia dengan lingkungan).
Dengan jelas اَللّهُ SWT berfirman:
(Q.S. Al-Israa’ : 85)
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
(Q.S. Al-‘Alaq: 5)
"Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Maka jelaslah bahawa pada “hakikatnya” untuk makrifat kepada اَللّهُ SWT adalah dengan dan kerana اَللّهُ SWT jua.
Yakni dengan petunjuk-Nya, dengan Hidayah-Nya, dan dengan Kehendak-Nya. Tanpa Dia, tidak mungkin seseorang akan dapat mengenal-Nya.
[ Syeikh Amdan Maulana ]

No comments:

Post a Comment