Tuesday 25 July 2017

BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH

BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH
Akibat terputusnya perhubungan manusia tersebut dengan Tuhannya itu, maka terbitlah sifat-sifat keji pada diri manusia tersebut yang menjauhkan dirinya dengan yang Empunya Diri, di samping lahirlah juga perangai-perangai yang dimurkai oleh syariat dan hakikat Allah S.W.T.
Manusia ini akan hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya, dan juga akan hilang akalnya, menyebabkan benih-benih iman pada dirinya menjadi mati.
Apabila sahaja benih-benih imannya mati, maka manusia tersebut akan menjadi sesat dan lupa akan tugas utamanya dengan Allah S.W.T. Maka menjadilah ia seekor bangkai yang bernyawa ataupun burung tiong berupa manusia.
Menyedari akan hal ini, maka manusia harus kembali ke jalan Tuhannya dan mengenal Tuhannya yang menjadi Tuan Empunya Diri.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w.
“Bahawa awal-awal hidup (agama) itu adalah mengenal Allah”.
Oleh kerana Allah Taala yang mempunyai sifat "laisaka mislihi syaiun" itu tidak dapat
dikenal oleh pancaindera, maka diberikan jalan untuk mengenalinya dengan cara mengenal rahsia diri sendiri. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Hadis Qudsi;
“Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya”.
Dalam proses mengatur langkah untuk mengenal dirinya, terdapat beberapa jalan yang telah pun diterokai dan ditentukan, iaitu jalan tarikat, jalan hakikat, dan jalan makrifat.
Jalan-jalan ini adalah merupakan jalan-jalan yang pernah diterokai dan dilalui oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Aulia, para Arifbillah, Siddiqin, dan golongan Solehin, juga para Wali Allah yang Agung.
#hakikat_insan

No comments:

Post a Comment