Tuesday 25 July 2017

hi

"Pada hari ini telah Ku sempurnakan agama mu, dan telah Ku lengkapkan Rahmat-Ku pada mu, serta Ku pilihkan Islam sebagai agama mu."
(Q.S. Al-Ma’idah, ayat 3)
Jika segalanya telah sempurna adanya, maka apa lagi yang kalian cari? Jika segalanya telah lengkap adanya, maka apa lagi yang kalian inginkan?
Masih mencari satu agama sebagai pegangan? Ya, islam lah jawapan nya.. akan tetapi, islam yang bagaimana? Islam rahmatan lil alamiin, atau pun islam anutan nenek moyang?
Islam yang aman, damai, dan sejahtera.. ataupun islam yang porak peranda, hukum menghukum, dan kafir mengkafir?
Aku punya jawapan nya.. namun, jawapan aku tidak semestinya sama dengan jawapan kamu.. kerana islam yang sejati itu, menyeluruh dan universal adanya..
Tidak hanya terbatas pada kaum-kaum tertentu, tempat-tempat tertentu, dan hanya pada masa-masa-masa tertentu sahaja..
Kerana kata tuhan;
"Aku Meliputi Segala Sesuatu"
"Ke Mana Kamu Hadap, Di Situ Wajah Aku"

No comments:

Post a Comment