Saturday, 8 July 2017

TARIKAN JAZBAH

TARIKAN JAZBAH
Andai kata engkau tidak dapat sampai kepada Allah kecuali sesudah habis lenyap semua dosa dan kekotoran syirik, nescaya engkau tidak dapat sampai kepadanya untuk selamanya.. Tetapi apabila Allah menarik engkau kepadanya, maka Allah menutupi sifatmu dengan sifatNya, dan kekuranganmu dengan kurniaNya..
Hilangkan pandangan makhluk kepadamu, kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu.. Dan lupakan perhatian makhluk kepadamu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.. Sebaik-baik saat dalam hidupmu ialah saat ingat kepada Tuhan, dan putus hubungan dengan segala sesuatu yang lainnya.

No comments:

Post a Comment