Apabila Tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat atau mengenal kepadaNya, maka janganlah engkau menghiraukan asal amalmu yang masih sedikit umpamanya.. Kerana Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia memperkenalkan DiriNya kepadamu..
Tidaklah engkau ketahui bahawa makrifat itu adalah puncak keuntungan seorang hamba.. Maka tidak usah kau hiraukan berapa banyak amal kebaikanmu atau amal perbuatanmu, meskipun masih sedikit amalmu dengan anggota yang zahir..
Makrifat itu adalah suatu kurnia pemberian Allah kepadamu, maka Ia
sekali-kali tidak tergantung kepada berapa banyak atau berapa sedikitnya
amal kebaikanmu.
No comments:
Post a Comment