Friday, 7 July 2017

TAHQIK DI HATIMU,

TAHQIK DI HATIMU,
SEGALANYA AF'AL-KU.
Untuk kemantapan pandangan ini bahawa makhluk ini tiada mempunyai perbuatan barang sekecil zarah, hanya saja perbuatan yang ada dalam alam ini perbuatan Tuhan Allah semata-mata. Dan jika engkau sangka ada perbuatan lain daripadanya, walaupun sebesar zarah, maka syirik lah engkau, ertinya: mensekutukan Tuhan dengan lainnya. (syirik khafi).
Demikianlah orang yang hendak meng-esa-kan Allah Taala pada Af’al atau perbuatan. Tanamkanlah keyakinan kita itu ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Sekira-kira tidak bergeser walau sebesar zarah pun iktiqadnya. Kalau sudah mantap pandangan akan Af’al Allah Taala, maka manunggallah perbuatanmu (manunggal dalam rahasia) dengan Af’al-Nya.
Maka dari itu wahai sekalian penuntut, mantapkanlah pandanganmu dalam segala perkara, supaya ia tetap bagimu. Kalau sudah mantap pandanganmu, maka engkaulah yang bernama khalifah Tuhan dalam dunia fana ini.

No comments:

Post a Comment