PERBUATAN MAKHLUK TIDAK ADA,
YANG ADA HANYA PERBUATAN ALLAH.
Sangat banyak sekali penjelasan dalam Al Quran dan hadis-hadis nabi yang memberikan keterangan bahawa hamba atau makhluk ini sama sekali tidak punyai perbuatan. Antara lain menegaskan;
“Allah yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu”. (surah As-Shaaffat ayat 96)
Dan lagi ayat yang berbunyi:
"Hai Muhammad bukanlah engkau yang melempar dikala engkau melempar, tetapi Allah lah yang melempar dikala engkau melempar". (surah Al-Anfaal ayat 17)
Jadi untuk kemantapan pandangan kita, kita harus selalu melatih diri dengan tidak bosan-bosannya mensyuhudkan perbuatan Allah Taala. kita hendaklah dalam hidup ini tidak hanya melihat yang tersurat sahaja, tetapi juga yang tersirat. Dengan basyirah hati kita ini, biar sahaja mata melihat perbuatan alam, namun dalam hati melihat perbuatan Allah.
Biar sahaja telinga mendengar alam, namun hati kepada Allah. Biar sahaja mulut mengatakan perbuatan si A, si B, dan si C, namun hati tetap tercurah kepada Allah. Boleh sahaja buat misal sekadar untuk mendekatkan kepada Allah (kepada faham).
Alam semesta yang kita lihat ini dengan bermacam-macam corak dan ragam, hendaknya tidak ubah laksana kita melihat bayang2 yang mana hati kita akan tertuju kepada yang empunya bayang2 itu. Tidak mungkin bergerak bayang bayang, tanpa bergerak yang empunya bayang2.
Jadi kesimpulannya adalah: tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang kuasa, tiada yang berkehendak, dan tiada yang berkata-kata pada hakikatnya, melainkan Allah Taala.

No comments:
Post a Comment